OOO

Jumaat, Julai 27, 2012

Ikan Bakar Kak Ina Kl. Com

Assalammualaikum dan selamat berpuasa semua.

Nama tak boleh belah kannnn...ala sajer ajer nak glamkan nama blog akak ni.
Ikan bakar memang banyak betul di jual di PARAM (Pasar Ramadhan).  Akak pernah beli sekali ajer..tapi tekak akak kata ...tak sedaplah..dahlah mahal.

Ataupun pun mungkin akak beli kat tempat yang salah kot.  Manalah tau, mereka tu cuma jual setahun sekali ajer.
Sekarang ni akak lebih suka buat sendiri kat umah. Ikan bakar lebih sedap di bakar atas arang ..lagi umphhh baunya kan.  Tapi pembakar arang kat umah dah roboh..nak beli tak terbeli-beli.  Akak pun bakar dalam kuali tak melekat atas dapur udahlah.

Resepi ni akak buh belacan sikit..nak kasi umphhhh..akak buat 2 jenis ikan.  Ikan bawal ni boleh tahan mahal, se ekor dekat RM10.00..kalau makan kat kedai entah berapa dorang charge..

  • 1 ekor ikan bawal mas
  • 3 ekor ikan cencaru
Bahan-bahan lain
  • 8-10  sudu makan cili kisar
  • 5 biji bawang kecil*
  • 4 biji bawang putih*
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 batang serai*
  • 1 1/2 inci halia*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 1 helai daun kunyit*
  • 1 sudu makan gula melaka
  • 1 sudu makan gula castor
  • sedikit belacan
  • 1/2 sudu teh jus asam jawa adabi
  • garam secukupnya
  • minyak dan daun pisang
  • aluminium foil secukupnya
Cara-caranya
1. Kisar semua bahan bertanda *.
2. Masukkan minyak dan tumis semua bahan sehingga naik minyak.
3. Masukkan gula melaka, gula castor, jus asam jawa dan garam.
4. Rasa dulu barulah di padam api. Sejukkan.
5. Bersihkan ikan dan perapkan ikan bersama garam dan jus limau kasturi.
6. Biarkan selama 10-15 minit baru di cuci bersih.
 
7. Lumurkan sambal ke atas daun pisang kemudian alas dengan aluminium foil.
 
Pastu bakarlah kat atas kuali leper ke...atas non stick pan ke...atas arang ke atau dalam oven....kalau bakar atas arang lagi best......kalau nak makan baru bakar...makan panas-panas pun sodap.....perah dengan asam limau kastu

Seronok bila anak kata..mak sedaplah..macam makan kat kedai..kembangggggggggggg

12 ulasan:

  1. rupa dia nampak lagi sedap dari yang jual kat param tu kak..ada 2 ekor lagi ikan cencaru dalam freezer.. nanti boleh cuba ni...

    BalasPadam
  2. dah lame xdgr perkataan PARAM tu hehe,saya suka ikan cencaru bakar aduhh sedap

    masak sendiri paling baik

    BalasPadam
  3. adeh ... menu menguji kesabaran

    BalasPadam
  4. hurm..yummy...amik resepi eh....

    BalasPadam
  5. Wah.. K.ina nie mmg pakar. Warna jer dh tauuuuu.. Sedap..

    BalasPadam
  6. memang sedap...esok cuti bolehlah try... pinjam resepi yer

    BalasPadam
  7. memang sedap...esok cuti bolehlah try... pinjam resepi yer

    BalasPadam
  8. memang sedap...esok cuti bolehlah try... pinjam resepi yer

    BalasPadam
  9. semalam baru lepas mkn ikan pari bakar, kat KL ni rm10 seekor..

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum salam ramadhan & selamat berpuasa....ikan bakar ni mesti sedap...meleleh air liur tengok gambar...heee

    BalasPadam
  11. tadi sy baru beli ikan pari bakar kat psr ramadhan mmg x sedap langsung, sakit jiwa dibuat nyer... yg kak ina buat ni confirm sedap

    BalasPadam
  12. hais buln puasa bhya masuk blog kak ina ni..byk sgt mknan bikin terliur..huuu

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers