OOO

Selasa, Julai 03, 2012

Kaw Kawnya Satay Pak Abu Wangsa Maju

Bang..tekak teringin nak makan sataylah..
Nak makan kat ner?
Kat tempat geng talibarut di Wangsa Maju Seksyen 1
Senang ajer nak cari satay pak abu ni..dekat Jaya Jusco dan Balai Polis Wangsa Maju dan di belakang bangunan Menara Kausar (Lembaga Hasil Dalam Negeri Cawangan Wangsa Maju)
Akak mula-mula nak makan satay ajer tapi bila hb dan Imran kata sedaplah nasi lemak ni..akak pun tak tunggu terus buka lagi satu..memang sedap sebab air tangan seorang ibu yang memasak dengan penuh kasih sayang.  Nasi pun banyak...kira berbaloi sebab 1 bungkus baru RM1.00 ajer..murah betul...
Satay pak abu di bakar dengan api yang membara..aromanya membuatkan kita tak sabar nak menjamahnya...di perbuat dari rempah ratus rahsia rahsia turun temurun.
Sekejapan ajer dah habis..sedap tau....terutama satay ayam..hb kata berbaloi sebab besar satay ni.
 
 second order kena tunggu lagi sebab orang ramai beratur nak bawa pulang...apa nak buat dek sebab tak puas nak makan..kenalah tunggu lagi walaupun akak ni Presiden GTB..chisss..
Satay yang di cicah dengan  kuahnya yang pedas dan cukup rempah ratusnya bila  di makan bersama nasi impit memang ..aduhai... kaw kaw ..yummy...kalau tak percaya korang gi terjah malam ni juga..korang kena  call kalau nak order banyak.
overnya DayDeck

Korang kalau nak tau ..korang leh lah KAT SINI UNTUK TAU LEBIH DETAIL

p/s dekat gak dengan buger kaw-kaw tau
 

18 ulasan:

  1. bege kaw kaw pon pia xsempat terjah lagi,hehe

    BalasPadam
  2. tq kak ina sudi datang ke kedai buruk kami nih... ada rezeki datanglah lagi kalau gtb kompem diskaun nyer... apa ada hal... ehehhehe

    BalasPadam
  3. nampak besar sikit sataynya..

    mahal satay zaman sekarang ni.. kadang2 dagingnya sikit je..

    BalasPadam
  4. tgok dah terliur ni...alahai...cik abg takde..kalau x...dah leh ajak terjah dah ni...

    BalasPadam
  5. kak ina, gerai bukak pkul berapa..?

    sy slalu pg jusco belah siang.

    BalasPadam
  6. sedap ni.... nak terjah ler bila ke sana weekend ni. Weekend buka ka kedai ni?

    BalasPadam
  7. terjah hari ahad..tutupla pulak..huhuhuhu

    BalasPadam
  8. @eyriqazz ahad aritu tutup sebab ada order ler... ehehheheeee

    BalasPadam
  9. weekeend slalu nya bukak kalau tak ada aral melintang

    BalasPadam
  10. Salam.

    Bestnya. Bilalah dapat jalan2 cari makan nih..

    BalasPadam
  11. satenyer besau? kuahnyer sdp? lapooooooooo

    BalasPadam
  12. tengok nie terus nak makan satay la plak..kalau rempah sedap kompem la sedap sataynya

    BalasPadam
  13. feberet saya juga.....sedapnya

    BalasPadam
  14. Fuhh kena sergah ni..adeyyyy

    BalasPadam
  15. sedapnyerrrrrrrrrrrrrr
    kijam tau kak ina ni
    pg2 el dah tgk terliur sudah
    haaaaaa ni nak cari benda nak mkn ni

    BalasPadam
  16. Kalau free sabtu ahad.... akan cuba gak terjah kedai sate nie... lama jugak tak jumpa daydeck tue

    BalasPadam
  17. @hazman sabtu ni coti lah ada kenduri.. hehehe
    Jumaat and ahad insyaallah ada jerk

    BalasPadam
  18. salam...kak ina, terima kasih kerana sudi promote kedai satay ni..saya kakak daydeck..
    just nak bagitau, sekarang kami dah takde gerai di wangsa maju. Sudah berpindah ke Putrajaya.
    masih dalam proses deal nak buka gerai di Dengkil..
    tapi kami ada jual Satay Frozen..
    boleh tengok kat www.facebook.com/sataypakabufrozen
    Teruskan menyokong.. :)

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers