OOO

Ahad, Julai 22, 2012

Resepi Roti Boy/Mexican Bun


Assalammualaikum dan selamat berpuasa buat semua.

Dari pagi tak ada can nak pegang pc ni..ramai sangat nak guna..al maklumlah anak ramai camnilah..kenalah mak beralah.  Tentu ramai ibu sibuk fikir nak masak apa?..nak masak apa?
Akak dari malam tadi dah tanya Ira..nak makan apa?
Al maklumlah dia kan tinggal kat asrama, kasi canlah layan tekak dia yang nak balik ke asrama hari ni.

Pagi tadi akak ke pasar pagi di Greenwood..hermm cam biasa kalau bulan puasa ni harga ikan mahallah sikit sebab ramai sangat orang borong ikan nak buat ikan bakar di pasar ramadhan.  Nak buat camner kan..mereka nak cari rezeki buat perbelanjaan untuk hari raya nanti terutama bila anak berderet dan nak pulang ke kampung yang memerlukan banyak perbelanjaan.  Tahniah buat mereka semua.

Untuk menu hari ni..akak dah perap ayam goreng berempah (Ira nak) dan nak masak rendang ayam.  Jap lagi nak ke dapur..tapi sebelum tu akak nak tepek resepi roti yang lama akak dah tak buat.
Tiba-tiba tekak teringin nak makan..akak buat roti ni hari Jumaat lepas sebelum berpuasa.
Suka bila bakar aroma coffeenya memang menggiurkan macam bau kalau kita lalu kat kedai roti boy yang ada di shopping complex.

Bahan untuk inti/filing
200 gram mentega - suhu bilik

1/2 sudu teh esen vanilla
70 gram gula perang

Cara-caranya
1. Pukul mentega dengan mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit.
2. Masukkan esen vanilla dan gula perang hingga sebati.
3. Bahagikan adunan inti kepada 10gm dan bulatkan.
3. Masukkan ke dalam peti sejuk sebelum di gunakan (akak masukkan kat tempat beku..nanti tak sememeh masa nak masukkan ke dalam doh roti)

 

Bahan untuk topping 
200 gm mentega - suhu bilik
160gm gula icing
3 biji telur - pukul sikit

1 sudu teh perisa kopi - boleh digantikan dengan melarutkan 3 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas
200 gm tepung gandum

Cara-caranya 
1. Putar mentega dan gula aising dengan kelajuan sederhana selama 5 minit.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
3. Masukkan juga esen kopi.
4. Masukkan tepung ke dalam adunan dan putar lagi pada kelajuan sederhana sehingga semuanya sebati.
5. Masukkan ke dalam piping bag dan sejukkan ke dalam peti sejuk sehingga sedia di gunakan.




Bahan untuk doh roti
500gm tepung roti)*
20gm susu tepung ) *ayak bersama
2 sudu kecil bread improver)*
2 sudu kecil bread softener
75gm gula castor
1 biji telur - di pukul sedikit
3 sudu kecil yis segera

270ml air atau susu segar (kalau menggunakan susu tepung jangan gunakan susu segar)  60gm mentega - suhu bilik


Cara-caranya
1. Gaul rata tepung yang telah di ayak bersama susu tepung, bread improver, gula dan garam dalam mangkuk.
2. Masukkan yis kering, bread softner dan gaul rata.
3. Masukkan telur dan air/susu segar.
4. Uli adunan dan masukkan mentega.
5. Uli hingga adunan roti menjadi lembut dan licin.
6. Bahagikan adunan kepada 17 biji bola kecil atau 55gm setiap satu.
7. Tutup adunan dengan flim cling atau kain lembab dan biarkan selama 10 minit.
8. Leperkan doh diatas tapak tangan dan letakkan inti/filling.
9. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu di bakar.
 
 
10.Susun diatas loyang pembakar yang sudah di lenser dengan mentega/marjerin dan jarakkan 7.5 cm. (nanti masa bakar akan naik lagi)
11. Rehatkan selama 45 minit.
12. Paipkan topping di atas bun secara spiral bermula dari tengah.
13. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama 15-20 minit atau bergantung kepada oven masing-masing.



Oleh sebab akak guna bread maker (BM), lepas ayak bahan-bahan kering, akak masukkan semua ke dalam bm dan set untuk doh 1 jam 30 minit.  Lepas siap doh keluarkan dari bm dan   ikut step no 8 yer.

tertunai hati den

21 ulasan:

  1. hebat akak ni..buat roti boy sendiri je..

    entry terbaru : Puasa, Raya dan Zakat Fitrah

    BalasPadam
  2. huwaaaa... nak cari BM tp oven baru meroyan ni.. nak bakar camna...

    tqs Kak Ina kongsi resipi..

    BalasPadam
  3. Allah, sedap n pandai kak ina buat...x payah ke roti boy lg kan.. ;)

    BalasPadam
  4. yes dh bookmarks resepi ni..blik asrama boleh buat nti :)

    thanks kak

    BalasPadam
  5. as salam...akak guna BM brand per? Ok tak? tgh mencari skrg...bole bagi opinion tak.tks

    BalasPadam
  6. mualaikumsalam herlyna...

    sekarang ni akak guna bm jenama kenwood..ada 2 harga..satu dalam 400 ratus lebih dan satu lagi dekat 800 ringgit..terpulang pada budget masing-masing

    ada gak member yang beli kat cosway

    BalasPadam
  7. best la dpt buat roti ni sndiri ye kak, puas mkn..

    BalasPadam
  8. Mak siapa la ni.. terbaek sungguh.. tak payah membazir beli roti boy lagi.. Dauz! Next time ko pergi event tapau utk aku skali.. hahaha


    Terbaru >Salam Ramadhan, Berpuasalah Kerana..... >Dinner Dengan Hanis Zalikha >[Projek Blogger ] 29 Hari Jelajah Bazar Ramadhan Seluruh Malaysia

    BalasPadam
  9. Bettuull...kalo lalu dpn kedai roti boy rase nak beli je sume..wangi sangat...respek ah kak ina boleh buat sendiri.... best gile dpt jd anak kak ina... k ina nak amek sy jd anak angkat?..hehehe

    BalasPadam
  10. salam sis...
    singgah di awal ramadhan ke-3....

    BalasPadam
  11. Waaa biasa tgk kat kedai jer.. Kak Ina dah boleh bukak kedai nih..

    BalasPadam
  12. hebat. thx utk resipi ni. nyum nyum... next 2wk nak cuba buat gak huhu

    BalasPadam
  13. fuhhhh cabaran juga nak bake roti boy tu ek? hmmmmmm tapi semestinya sedap2 belaka..rasa 1 nak makan lagi..hehehe

    BalasPadam
  14. saya dah try buat ikut resepi akak.. ade la ubah sikit2.. hehe.. tapi topping dia ni mcm masalah sikit lah.. cmana nak bagi topping dia lembut sikit sbb yang akak buat ni cam keras sikit, susah nak buat bentuk bulatan sebab putus2.. pastuh aroma dia tak berapa menyerlah..then kalau biar dia lama2 lepas siap baked dia macam melt, basah-basah gitu.. apa ye puncanya???

    BalasPadam
  15. NAMPAK MACAM KERAS SIKIT TOPPING TU,,,,

    BalasPadam
  16. saya guna bm + oven toaster noxxa amway
    senang je..........

    BalasPadam
  17. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  18. kak Ina mcm mana nak contact kak Ina for buat class tutor ajar 3 days buat roti boy. Pls email tanni.sya@gmail.com. Tkasih.


    BalasPadam
    Balasan
    1. ooo adik ..kamu boleh cari guru yang pro..akak x berani aa

      Padam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers