OOO

Sabtu, Julai 14, 2012

Sup Tulang Tengkuk Lembu



Selain daripada tulang rusuk/rawan akak suka beli tulang tengkok sebab banyak isi.  Sekali sekali layan best gak tulang tengkuk kan.  Maaflah gambar ni blurrr lah pulak..tak taulah kamera akak ni..macam nak suruh tukar baru ajerk.

Bahan-bahan
1/2 kg/600 kg tulang tengkok lembu
1/2  paket kecil rempah sup adabi
Air secukupnya
5 biji bawang putih*
1 biji bawang merah*
1 sudu besar lada hitam*
1-2 inci halia* (tumbuk semua bahan bertanda *)
1 sup punjut adabi
1 batang celery-potong 1/2 inci panjang
2 biji ubi kentang-belah 4 jika suka
 
Bahan Penumis
1  batang kayu manis
3 cengkih 
2 pelaga
2 bunga lawang  

Hiasan
Hirisan daun bawang/daun sup
Bawang Goreng
Sambal Kicap (jika suka)

Cara-cara
  1. Bersihkan tulang tengkok dan masukkan ke dalam air sehingga menutupi paras tulang  dan rebus dengan api perlahan  sehingga tulang empuk (akak guna p/cooker nak cepat punya pasal)
  2. Tumis tumis 4 sekawan, bahan-bahan tumbuk/kisar dan serbuk rempah sehingga naik bau.  
  3. Tuang ke dalam rebusan tulang yang telah empuk tadi dan tambah air.
  4. Masukkan garam dan ubi kentang (sehingga kentang empuk)  dan biarkan mendidih lagi dalam 20 minit.
  5. Akhir sekali masukkan saderi dan tutup api.
  6. Taburkan hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan sambal kicap...syruppppp wah enaknyaaaaaa

10 ulasan:

  1. Tak pernah makan bahagian tengkok lembu... :-)

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Kak Ina

    nak cari tulang tengkuk lembu le...

    BalasPadam
  3. sup kena mkn dgn kuah pedas kicap.bestnya ...lagi pedas lg best.

    BalasPadam
  4. wah sedapnya..feveret ni kalau sup2..

    p/s:boleh dah nk tkr kamera baru tu..hihi

    BalasPadam
  5. Suka sangat makan sup,.. terutama sup tulang. Yummeeehhh.

    BalasPadam
  6. sdp sup tulang nih..tp bru ni thu ada sup tengkok lombu..slalu bli kt pasar xprasan plak kak tgkuk dia ni..hehehe

    BalasPadam
  7. waaa nampak sedap... Dah lama x makan sup...

    BalasPadam
  8. Hmmm sedapnya....soup ekor..dah lama tak makan

    BalasPadam
  9. SEDAPNYA...KALU ADA CILI KICAP BEST JA

    BalasPadam
  10. aiyooo...tengkuk lembu tuuu

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers