OOO

Memaparkan catatan dengan label cara buat sup tulang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cara buat sup tulang. Papar semua catatan

Ahad, Oktober 15, 2017

RESEPI SUP TULANG SEDAP DAN LEMBUT

Assalammualaikum semua

Dapat tulang dan daging korban dari Masjid dan jiran kat sini.  Syukur alhamdulliah.  

malas nak masak sayur akak masukkan ajer dalam sup, senang kan

Bahan-bahan
1kg tulang lembu
6 biji bawang kecil (kisar)
4 biji bawang putih (kisar)
1 inci halia (kisar)
1 sudu teh lada hitam(tumbuk halus)
1 sup punjut adabi
1 kuib ayam

Lobak merah-potong kecil
Bunga kobis
2 biji ubi kentang-potong 4
garam secukup rasa

    Bahan tumis
    • 3 biji bawang kecil di hiris halus
    • 1 biji bawang putih di hiris halus
    • 1 batang kayu manis
    • 3 biji bunga cengkih
    • 3 biji bunga lawang
    • 3 biji buah pelaga
    Bahan taburan
    Hirisan daun sup dan daun bawang
    Bawang goreng

    Cara-cara
    1. Basuh tulang...masukkan air hingga 2x ganda dari tulang dan rebus. Bila mendidih..kecilkan api dan tutup dengan penutup. (Guna pressure cooker cuma ambil masa dalam 30 minit)
    2. Panaskan sedikit minyak dan  tumis semua bahan tumisan.
    3. Setelah berbau wangi masukkan bahan yang telah di kisar termasuk lada hitam.
    4. Masukkan juga sup bunjut adabi dan tumis sehingga naik bau dan masukkan kedalam sup tadi.
    5. Rebus hingga daging empuk sekurang-kurangnya 1-1 1/2 jam.
    6. Setelah daging empuk baru dimasukkan ubi kentang.
    7. Biarkan ubi kentang empuk dan masukkan garam.  Kemudian masukkan lobak merah dan bunga kobis. Rasa dulu sebelum tutup api.
    8. Taburlah dengan daun sup dan daun bawang. Kalau suka buhlah sambal kicap cara orang Johor...sedappp

    Isnin, November 12, 2012

    Resepi Sup Tulang Sedap



     
    Assalammualaikum dan selamat petang.
    Sekarang ni musim hujan..boleh di katakan setiap hari hujan.   Banyak gak kawasan yang di landa banjir..kesian akak tenguk.  Sejuk-sejuk camni masak sup tulang pun sodap.

    Bahan-bahan
    1kg tulang lembu
    6 biji bawang kecil (kisar)
    4 biji bawang putih (kisar)
    1 inci halia (kisar)
    1 sudu teh lada hitam(tumbuk halus)
    3 sudu besar rempah sup adabi
    1 peket sup tulang adabi
    2 biji ubi kentang-potong 4
    garam secukup rasa
    Bahan tumis
    • 3 biji bawang kecil di hiris halus
    • 1 biji bawang putih di hiris halus
    • 1 batang kayu manis
    • 3 biji bunga cengkih
    • 3 biji bunga lawang
    • 3 biji buah pelaga
    Bahan taburan
    Hirisan daun sup dan daun bawang
    Bawang goreng


    Cara-cara
    1. Basuh tulang...masukkan air hingga 2x ganda dari tulang dan rebus. Bila mendidih..kecilkan api dan tutup dengan penutup.
    2. Panaskan sedikit minyak dan  tumis semua bahan tumisan.
    3. Setelah berbau wangi masukkan bahan yang telah di kisar termasuk lada hitam.
    4. Masukkan juga sup bunjut adabi dan rempah sup yang telah di campur dengan sedikit air.
    5. Tumis sehingga naik bau dan masukkan kedalam sup tadi.
    6. Rebus hingga daging empuk sekurang-kurangnya 1-1 1/2 jam (akak guna pressure cooker..1/2 jam dah empuk)
    7. Setelah daging empuk baru dimasukkan ubi kentang.
    8. Biarkan ubi kentang empuk dan masukkan garam.  Rasa dulu sebelum tutup api.
    9. Taburlah dengan daun sup dan daun bawang.

     

    Sabtu, Julai 14, 2012

    Sup Tulang Tengkuk Lembu



    Selain daripada tulang rusuk/rawan akak suka beli tulang tengkok sebab banyak isi.  Sekali sekali layan best gak tulang tengkuk kan.  Maaflah gambar ni blurrr lah pulak..tak taulah kamera akak ni..macam nak suruh tukar baru ajerk.

    Bahan-bahan
    1/2 kg/600 kg tulang tengkok lembu
    1/2  paket kecil rempah sup adabi
    Air secukupnya
    5 biji bawang putih*
    1 biji bawang merah*
    1 sudu besar lada hitam*
    1-2 inci halia* (tumbuk semua bahan bertanda *)
    1 sup punjut adabi
    1 batang celery-potong 1/2 inci panjang
    2 biji ubi kentang-belah 4 jika suka
     
    Bahan Penumis
    1  batang kayu manis
    3 cengkih 
    2 pelaga
    2 bunga lawang  

    Hiasan
    Hirisan daun bawang/daun sup
    Bawang Goreng
    Sambal Kicap (jika suka)

    Cara-cara
    1. Bersihkan tulang tengkok dan masukkan ke dalam air sehingga menutupi paras tulang  dan rebus dengan api perlahan  sehingga tulang empuk (akak guna p/cooker nak cepat punya pasal)
    2. Tumis tumis 4 sekawan, bahan-bahan tumbuk/kisar dan serbuk rempah sehingga naik bau.  
    3. Tuang ke dalam rebusan tulang yang telah empuk tadi dan tambah air.
    4. Masukkan garam dan ubi kentang (sehingga kentang empuk)  dan biarkan mendidih lagi dalam 20 minit.
    5. Akhir sekali masukkan saderi dan tutup api.
    6. Taburkan hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan sambal kicap...syruppppp wah enaknyaaaaaa

    Adsense

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...