OOO

Isnin, Ogos 27, 2012

Biskut Cornflakes Ranggup

Assalammualaikum dan Selamat Hari Raya buat semua
 
Tak sempat buat kukis untuk raya sebab sibuk siapkan tempahan kukis coklat chip dan berulang alik ke hospital.  Balik dari kampung suami malam raya ke 3, hari ke 4 baru mula bergotong royong dengan anak-anak pempuan buat 2 jenis kukis.  Salah satunya Popia Nestum..Yana dan Ira nak bawa pulang ke tempat belajar masing-masing.

Biskut ni sedap dan mendapat pujian dari tetamu yang hadir.  Akak guna butter SCS jadi bau dan rasanya lebih sedap dari menggunakan butter yang lain.  Tepung pula akak guna tepung gandum biasa yang di campur dengan 1 sudu teh baking powder sebab tepung naik sendiri tak adalah pulak kat umah. 

Gula aising pun akak tukar ke gula perang/brown sugar sebab stok gula aising dan castor tak adalah pulak dalam kabinet..dah malam mana ada kedai buka. Kalau boleh gunakan cornflakes ori untuk mendapatkan hasil yang terbaik.  Terima kasih kepada Yatie  yang sudi berkongsi resepi.


Bahan-bahan :
250 gm mentega-SCS
3/4 cawan gula aising-tukar ke gula perang 
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji kuning telur
250 gm cornflakes (diramas sikit)-jenama Nestle
2 cawan tepung naik sendiri-tepung gandum + baking powder (ayak)
mangkuk kertas secukupnya

Cara-cara :
  1. Pukul mentega dan gula aising hingga sebati.
  2. Setelah sebati, masukkan kuning telur dan pukul lagi. Kemudian masukkan asen vanilla.
  3. Masukkan tepung naik sendiri dan cornflakes yang diramas tadi. Gaul sebati menggunakan senduk kayu saja.
  4. Sudukan adunan ke dalam mangkuk kertas.
  5. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama 20 minit. (Akak bakar cuma 15 minit sahaja)
  6. Sejukkan biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

9 ulasan:

  1. cornflakes ni buat la biskut apa pun laku jer kat umah adda ni...

    BalasPadam
  2. Raya tahun ni tak jumpa lagi cornflakes madu ni... :(

    BalasPadam
  3. wahhh macam sedap jer kukis ni...jadi teringin pulak

    BalasPadam
  4. tengok persembahan macam menarik.. apa pun kukis akak dah 2 balang habis saya bedal.. heheeh

    BalasPadam
  5. sedapnya kak...aritue buat tak jadi la plak..kureng rangup la

    BalasPadam
  6. tolong jual kakak wife buat jer.. heheh

    BalasPadam
  7. beskot yg sdp, mudah n paling digemari kan ..

    ala kak, lov ari2 bokak belog akak bole xpasan kukis akak..bca blog eyrqzz psl kukis akak baru tperasan..huhuhu

    ari tu lov try buat creampuff yana tu kak.. sodap tu mmg sodap tp xbrapa nk mnjadi..kihkihkih malu2..

    BalasPadam
  8. biskut paling senag...lau cra iman gune madu je hehehe...gaul2 bakar ciap.nk sedap letak bijan xpon kcg bdm potong kecik2.

    p/s: kak ina sy nk smpaikan hajat sesorg nh.akk ipar iman suh iman tny kt akk pe secret recipe smpai akk dpt nuffnag ber $$$?hehehe

    BalasPadam
  9. salam dan selamat hari raya ismi iman

    tips dah byk akak bagi kat blog akak..cuba taip tip berblog..boleh refer kat situ.

    terima kasihlah pada akak ipar kamu tu sbb rajin skodeng blog akak

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers