OOO

Jumaat, Ogos 24, 2012

Lelong..Lelong Sebelum raya

Dengan alasan hendak mencari pin dan satu barang yang lain, akak pergi ke Jalan Tunku Abdul Rahman lagi 2 hari sebelum raya.  Imran dah keluar wad, cuma tinggal Ira ajer..Yana pun dah ada menemani dia di hospital.
 
Parking LRT Sentul turun di Stesen Bandaraya
Nak mengelakkan jalan sesak nanti
Bermacam-macam jualan untuk raya
Untuk menarik perhatian pembeli
Jalan-jalan di Jalan Tunku Abdul Rahman
Seronok melihat jualan lelong di sana dan di sini
Jika nak lepaskan tekanan
Boleh jejalan menghabiskan masa di sini
  lelong... lelong.. biskut raya
ada berbagai bentuk dan rupa
tapi tak taulah rasa apa
sebab tak boleh nak merasa
 batang buruk biskut kesukaan semua
nak buat punyalah makan masa
kalau nak makan baik beli sahaja
balik rumah boleh terus dibuka selepas berbuka
baju raya bermacam gaya dan fesyen
untuk di gaya di pagi raya
kalau nak ikut segala design
takut kempis poket selepas raya
tudung raya ada macam-macam gaya
tudung bawal, pashmina dan syria
sape beli puas bergaya di hari raya
tapi kenalah pandai menggayakannya

 Ramainya manusia membeli belah 
Saat terakhir sebelum raya
Kenalah berbelanja secara berhemah
Jangan pokai selepas raya
Kreatif dan  Kelakarlah iklan peniaga ini
Biskut raya bermacam rupa
Pilih ajer yang mana suka
Tenguk harga memang ternganga
Murah sungguh macam tak percaya
Hilang lapar dan dahaga
Melihat gelagat pembeli dan peniaga
Jangan lupa ke sini sebelum raya
Jualan hebat beraneka rupa

13 ulasan:

  1. pia pon pegi hehe...mesti nak merasa tiap2 tahun

    walaupon pening

    BalasPadam
  2. saya g jgk..tp lps berbuka hari rabu hri tu..xdala ramai sgt..kul 10mlm dh mula ramai org..

    BalasPadam
  3. Jln Tar kalo raya mmg meriah sekali

    hrga murah branika brg smua boleh di cari

    tapi lov xprnhh lah dpt nk pergi

    takot org n jlnnye yg sesak sekali

    heeee ^^

    BalasPadam
  4. kalau kuih raya tu patutnya peniaga tu jual harga kos je skang nie at least pulang modal.... dari rosak kan... hehehehe

    BalasPadam
  5. sampai ahad ini jualan berlangsung,telah lulus DBKL.a

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum wtbh..
    slam lebaran sis....
    maaf zahir batin dari TA sekeluarga

    BalasPadam
  7. baju yang 49.90 tu lawa gak.. ngeeeee

    BalasPadam
  8. Salam Kak Ina,

    rasanya masih belum terlambat utk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN buat Kak Ina sekeluarga. Azzah mmg tak sanggup kak nak turun ke KL Jalan TAR ni...nnt Azzah mabuk...pening tengok orang ramai sangat ..akhirnya tak membeli satu habuk pun...hehehe

    Azzah8
    http://www.buttonplanetent.blogspot.com
    http://www.nostalgialama.blogspot.com

    BalasPadam
  9. kak ina- lg stress pg last minute.. ramai org.. adoiii

    BalasPadam
  10. saya pi awal2 pose sebab malas nak sempit2...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers