Dengan alasan hendak mencari pin dan satu barang yang lain, akak pergi ke Jalan Tunku Abdul Rahman lagi 2 hari sebelum raya. Imran dah keluar wad, cuma tinggal Ira ajer..Yana pun dah ada menemani dia di hospital.
Parking LRT Sentul turun di Stesen Bandaraya
Nak mengelakkan jalan sesak nanti
Bermacam-macam jualan untuk raya
Untuk menarik perhatian pembeli
Jalan-jalan di Jalan Tunku Abdul Rahman
Seronok melihat jualan lelong di sana dan di sini
Jika nak lepaskan tekanan
Boleh jejalan menghabiskan masa di sini
lelong... lelong.. biskut raya
ada berbagai bentuk dan rupa
tapi tak taulah rasa apa
sebab tak boleh nak merasa
batang buruk biskut kesukaan semua
nak buat punyalah makan masa
kalau nak makan baik beli sahaja
balik rumah boleh terus dibuka selepas berbuka
baju raya bermacam gaya dan fesyen
untuk di gaya di pagi raya
kalau nak ikut segala design
takut kempis poket selepas raya
tudung raya ada macam-macam gaya
tudung bawal, pashmina dan syria
sape beli puas bergaya di hari raya
tapi kenalah pandai menggayakannya
Ramainya manusia membeli belah
Saat terakhir sebelum raya
Kenalah berbelanja secara berhemah
Jangan pokai selepas raya
Kreatif dan Kelakarlah iklan peniaga ini
Biskut raya bermacam rupa
Pilih ajer yang mana suka
Tenguk harga memang ternganga
Murah sungguh macam tak percaya
Hilang lapar dan dahaga
Melihat gelagat pembeli dan peniaga
Jangan lupa ke sini sebelum raya
Jualan hebat beraneka rupa













