OOO

Memaparkan catatan dengan label jalan tunku abdul rahman kuala lumpur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jalan tunku abdul rahman kuala lumpur. Papar semua catatan

Jumaat, Ogos 24, 2012

Lelong..Lelong Sebelum raya

Dengan alasan hendak mencari pin dan satu barang yang lain, akak pergi ke Jalan Tunku Abdul Rahman lagi 2 hari sebelum raya.  Imran dah keluar wad, cuma tinggal Ira ajer..Yana pun dah ada menemani dia di hospital.
 
Parking LRT Sentul turun di Stesen Bandaraya
Nak mengelakkan jalan sesak nanti
Bermacam-macam jualan untuk raya
Untuk menarik perhatian pembeli
Jalan-jalan di Jalan Tunku Abdul Rahman
Seronok melihat jualan lelong di sana dan di sini
Jika nak lepaskan tekanan
Boleh jejalan menghabiskan masa di sini
  lelong... lelong.. biskut raya
ada berbagai bentuk dan rupa
tapi tak taulah rasa apa
sebab tak boleh nak merasa
 batang buruk biskut kesukaan semua
nak buat punyalah makan masa
kalau nak makan baik beli sahaja
balik rumah boleh terus dibuka selepas berbuka
baju raya bermacam gaya dan fesyen
untuk di gaya di pagi raya
kalau nak ikut segala design
takut kempis poket selepas raya
tudung raya ada macam-macam gaya
tudung bawal, pashmina dan syria
sape beli puas bergaya di hari raya
tapi kenalah pandai menggayakannya

 Ramainya manusia membeli belah 
Saat terakhir sebelum raya
Kenalah berbelanja secara berhemah
Jangan pokai selepas raya
Kreatif dan  Kelakarlah iklan peniaga ini
Biskut raya bermacam rupa
Pilih ajer yang mana suka
Tenguk harga memang ternganga
Murah sungguh macam tak percaya
Hilang lapar dan dahaga
Melihat gelagat pembeli dan peniaga
Jangan lupa ke sini sebelum raya
Jualan hebat beraneka rupa

Selasa, Ogos 16, 2011

Suasana Di Jalan Tunku Abdul Rahman Di Bulan Puasa

penguatkuasa bandaraya berkeliaran di sana sini
jangan nak parking sesuka hati
kat sini carilah apa yang diingini
tentu tertunailah hasrat di hati
penjual tudung ramah tamah
pandai pujuk nak suruh beli
kalau suka menghias rumah
bunga hiasan cantik sekali
Naik STAR di pagi hari
Parking kereta di rumah Fadilla
Cantik sungguh baju kaftan ini
Nak beli tak ada sizelah pula

Pak Abu beli kelapa muda
Konon nak masak agar santan
selipar bermacam-macam warna
pilih ajer yang mana berkenan
Eyriqaz balik di petang hari
Jejai pula takut bini
wah besar sungguh seluar ini
bolehkah akak pakai ikut saiz ni
Ikut nafsu memang semua nak di beli
Tapi ingatkan diri jangan terpedaya
Jangan ikut pepatah ini
Biar papa asal bergaya

Setiap kali bulan puasa akak akan gi ke sini. Suka tenguk gelagat penjual dan pembeli sambil beli persiapan hari raya. Tapi menjelang tengahari hujan turun, nasib baik dah jumpa barangan yang di cari.

Kalau pergi akak tak bawa keta kat sini sebab susah nak parking, akak lebih suka parking di STAR Sentul sahaja. Naik STAR ke Masjid Jamik pastu nak balik naik kat SOGO..lagi berbaloi rasanya buat cara camtu.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...