OOO

Isnin, September 17, 2012

Belanja kahwin mahal punca ramai pemuda Melayu berhutang

Akak setuju dengan tajuk berita ini pasal  belanja kahwin mahal punca ramai pemuda Melayu berhutang. Yang paling teruk gi pinjam ah long..kalau dah camtu memang parahlah...kalau pinjam kat pak long atau kat mak long tak per juga..
 
 credit : google

Macam mana orang lelaki bujang tak berhutang..hantaran yang di pinta sekarang ni dah main ribu-ribu kerana bergantung kepada kelulusan pihak perempuan.  Jika orang perempuan ada diploma dan  ijazah ..kebanyakannya  hantaran kawin sekarang ni mencecah ke lima angka.

Macam anak lelaki sulung akak yang dah berumur 27 tahun, baru dapat kerja tahun ini tapi ada niat nak mendirikan masjid.  Kami sebagai ibu bapa memang menyokong niat baik beliau, tapi kami galakkan dia cuba kumpul duit sendiri. Akak pernah buat N3 kat SINI.

Nasib anak akak agak baik sebab baru habis belajar dah dapat kerja duk pula bersama ibubapa, jadi taklah kalut nak bayar sewa rumah dan macam-macam lagi.  Jadi adalah duit lebih nak simpan..tu pun kena gak berjimat cermat..kena kedekut sedikit dan bila nak beli benda kena tenguk perlu ataupun idak..

Kalau idak memang susah gak dia nak kumpul wang untuk majlis perkawinan beliau dan mengambil masa yang agak lama untuk mendirikan masjid.


Akak tak salahkah pihak perempuan sebab sekarang ni semua benda mahal..tenguklah harga pelamin, make up dan baju pengantin,  cameraman pro yang semua mencecah ribuan ringgit tak termasuk peralatan di bilik tidur.  Sekarang ni boleh di katakan macam budaya ibu bapa pengantin ambil katering bila buat majlis perkawinan sebab nak senang...tu dah mencecah ribuan ringgit.
Belum lagi gift yang nak di beri kepada tetamu, bunga pahar dan macam-macam lagilah.

Tulah sebab ramai lelaki bujang terpaksa membuat pinjaman peribadi dekat bank sebab nak menampung perbelanjaan perkawinan mereka.  Bila dah pinjam dengan bank memanglah kena bayar faedah yang mahal..orang kata sampai dah ada anak sekolah pun masih berhutang belanja kawin dengan bank.  

Kalau gaji besar tak per..kalau gaji sederhana ajer dan duk kat bandar besar di mana rumah sewa ajer dah mencecah RM500.00 memang kena ikat perut.
Alhamdulliah kami dah pun gi merisik gadis idaman anak akak..mulanya cadang nak merisik dan bertunang sekali gus tapi bapa mertua kata kena ikut step by step ..ikut adat. Kami yang tiada pengalaman ni mestilah dengar kata orang tua ..betul tak..adat resam melayu tak bolehlah di tinggalkan.

Pihak kami membawa sebentuk cincin gelang rotan (makan gak ratusan ringgit sebab emas mahal)  untuk merisik bersama buah tangan untuk di sarung ke jari manis si gadis menandakan bahawa beliau telah menjadi pasangan anak akak.  Doakan agar majlis seterusanya berjalan dengan lancar yer.

Akak pun ada anak perempuan yang masih belajar..nanti kalau ada pihak lelaki nak meminang tentu akak pun pening nak letak berapa...kang letak harga mahal orang kata macam nak jual anak? Kalau letak sikit sangat ..alahai terasa payahlah pulak.

Sekarang ni hantaran mencecah 10,000 - 15,000 ..kalau time anak perempuan akak entah berapalah pulak gamaknya.


p/s kalau buat kecik kecik orang kata..buat besar-besaran pun orang sebut gak kan..biasalah kannnnn



20 ulasan:

  1. memang mahal la sekarang nih..tapi, kalu yang pompuan kerja tak pa gak..nia, yang pompuan tak kerja tapi letak hantaran mahai ya ampunnnn...

    BalasPadam
  2. rasanya sekarang kalau tak ada RM15-RM20 ribu tak boleh nak kahwin, sepatutnya bagi menyenangkan....

    BalasPadam
  3. dengan situasi sekarang nie memang serba salah kan nak letak belanja kawin berapa... sebab sekarang nie bukan saja lelaki buat pinjaman tapi kadang2 ada jugak pihak perempuan kena buat jugak sebab duit belanja kawin tue cukup2 bayar katering saja.

    BalasPadam
  4. mujorlah saya kawin dulu pihak pompuan tak letak harga, ikut pertimbangan pihak lelaki je, tapi berapa yang bawa semua jadi mas kawin. sekarang anak dah tiga cukup bahagia lagi berkat.

    BalasPadam
  5. Salam kak ina....betul3.....so...menabung lh dr sekarang wahai ank2 teruna....:-)

    BalasPadam
  6. hmmm skrg serba serbi mahal kan.. hehe.. semoga dipermudahkan urusan anak akak nnt ye :)

    BalasPadam
  7. bg sy ikut kemampuan kita.. nak ikut selera org mmg x kan terikut.. ada ja yg tak kena. buat kcik salah buat bsar pun salah.

    yg penting kehdupan selepas kawen tu nak kena ada ilmu yg ckup.. :)

    BalasPadam
  8. itulah masalah org skrg.. nk kawin letak hantaran tinggi dgn alasan anak perempuan belajar tinggi.. belajar saje tinggi, masak tak pandai, buat kerja rumah tak pandai, jaga anak tak pandai..harapkan bibik jaga anak, masak semua.. dah lama2 kawen, nak layan laki pun malas, jaga diri malas..lepas tu salahkan org lain kalu laki cari lain.. baiklah besederhana je..perkahwinan yg paling baik adalah yg paling rendah maharnya... buat majlis biarlah ikut kemampuan, jgn mulakan hidup baru dgn berhutang, esok lusa kahwin tak berkat..baru kahwin hutang dah keliling pinggang..nak tak nak isteri terpaksa bekerja utk tlg suami.. sudahnya anak terbiar org gaji dr seberang yg jaga.. bila besar masalh sosial sana sini nak salahkan siapa? tepuk dada tanyalah diri sendiri...

    BalasPadam
  9. rasanyer ikut kemampuan masing3..tapi yg penting kehidupan lepas kahwin tak susah

    BalasPadam
  10. salam kak Ina....ikut kata hati sendiri :-)

    BalasPadam
  11. Dulu ingat masa nak kahwin... famili saya takde ckp berapa..semua atas keluarga laki. kat kelantan takde hantaran, cuma mas kawin...tapi mas kawin dorang tinggi. Cuma untuk kenduri dan barang hantaran kena simpan duit, sbb taknak susah kan mak bapak.... tapi pada saya atas kemampuan masing-masing, yg penting lepas kawen tak hidup susah. mana yg wajib dahulukan...

    BalasPadam
  12. antara perkara yang menjadi dilema buat saya jugak nie.... huhuhu

    BalasPadam
  13. zaman melenium,
    Skrg mmg semua mahal,tapi kak sis..perancangan awal tu penting.

    BalasPadam
  14. kak ina, mula2 sekali nak ucapkan tahniah sebab dah masuk mother-in-law-hood (ada ke perkataan sedemikian?). nak buat macam mana kak ina, yang penting tolak ansur dengan pihak yang lagi satu. ada yang senang nak ikat je terus, ada yang nak ikut step by step, so, kalau boleh ikut, ikut le, tak boleh kalu, nak buat guane

    BalasPadam
  15. bid'ah bid' ah ..ingat kubur sama nooo...sampai nak pokai-pokai, buat ikut hukum agama cukuplah, banyak riak, menunjuk2, kan bid'aah

    BalasPadam
  16. saya juga mengalami masalah y sama.saya sebagai anak dara xnak pon mas kawen kalau boleh.tapi saya dilema ngn keluarga n situasi bakal suami.tah laa...ptptn pon kna bayar,keja pon tak stabil.bila pk dosa pahala saya mmg nk cepat kawen je..pnt dk keluar dating tnpa ada ikatan y sah.tolong la paham.saya sampai xdk tempat ngn mengadu.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers