OOO

Rabu, September 26, 2012

Masak Lemak Cili Padi Daging Salai

Assalammualaikumsalam


Salah satu makanan kesukaan arwah abah dan keluarga kami.  Kali ni tak buh apa-apa sebab tak ada benda yang nak di campurkan.  Tak kisahlah janji masak udahlah.
Bahan-bahan
  • 1kg daging batang pinang-dilumur dengan serbuk kunyit dan garam-perap..lagi lama lagi sedap tau..
  • 15-20 biji cili padi kampung-nak pedas tambah lagi
  • 1 1/2 inci halia
  • 1 1/2 inci kunyit hidup
  • 1/2kg/500ml santan pekat-bergantung nak kuah banyak atau sedikit
  • 600ml air
  • 2 batang serai-dititik hujungnya
  • 1 asam keping
  • 2 helai daun kunyit-di siat-siat dan di ikat
  • garam dan serbuk kunyit secukupnya

Cara-cara
1.  Tumbuk cili api, halia, serbuk kunyit, kunyit hidup, serai yang telah dititik dan garam sehingga lumat.
2.  Hiris daging yang telah di salai nipis-nipis.
3.  Masukkan semua kedalam periuk dan tuang santan pekat -(tinggalkan sedikit yer.).bersama air, asam keping dan masak di atas api sederhana sehingga mendidih dan kacau selalu.
4.  Biarkan mendidih selama 10-15 minit  dan daun kunyit.
5.  Biarkan mendidih dan masukkan pula lebihan santan pekat dan biarkan mendidih lagi dan rasa dulu garam baru di tutup api.
6.  Makanlah bersama nasi panas dan ikan masin.

8 ulasan:

  1. sedapnyer..kecur air liur tgk menu ni... febret lya ni daging salai..tp x pnh msk lemak.. msti sedap nni

    BalasPadam
  2. Salam kak...daging salai yang betul2 salai susah nak dapay yek?
    http://my-mintroom.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. Daging salai!!! Fav saya ni kak...PADU!!!

    BalasPadam
  4. Waaaa sedapnyer... Daging salai makan cicah kicap pun sedap..

    BalasPadam
  5. Kebetulan petang ni saya nak masak masak kat rumah anak usrah saya masak lemak cili padi ayam. Skali bukak blog kak ina, ada resipi pula. Ini sudah bagusss :)

    BalasPadam
  6. sedapnya akak...rajin betul akak salai daging..adda ni rajin makan jer..buatnya malas..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers