OOO

Jumaat, September 28, 2012

Nasi Arab Dan Kari Kerbau

Assalammualaikum
Nasi arab di malaysia bukan di arab daaa...dah pernah buat tapi dah lama dah..akhirnya terajin lah pulak nak memasaknya.

Bahan-bahan
  • 1kg beras basmati - basuh dan toskan
  • 1 liter air
  • 500gm ayam-akak ganti dengan daging kambing
  • 1 tin kecil kacang pes-tak letak
  • 1 cawan kismis
  • badam dan gajus-di goreng dan di toskan
  • 3 tangkai cili merah-belah 2
  • 3 tangkai cili hijau-belah 2
  • 1 tangkai daun sup-hiris
  • 1 tangkai daun ketumbar
  • 2 tin kecil minyak sapi
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 2 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar serbuk jintan putiih
  • 100gm bawang goreng
  • sedikit garam
BAHAN TUMIS
  • 5 ulas bawang merah-hiris
  • 3 ulas bawang putih-hiris
  • 1 labu bawang besar-hiris
  • 3cm halia-hiris
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 sudu kecil jintan manis*
  • 1 sudu kecil jintan putih*-*bancuh dengan sedikit air

CARA MENYEDIAKAN:
1. Panaskan minyak sapi dan minyak.
2. Tumiskan semua bahan tumis sehingga garing dan wangi.
3. Masukkan serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih yang telah di bancuh dengan sedikit air. Kacau rata.
4. Masukkan cili merah, cili hijau, air,ayam/daging kambing, gula dan garam. Biarkan mendidih.
5. Kemudian masukkan beras dan tanak seperti biasa.
6. Taburkan daun sup dan daun ketumbar, bawang goreng, badam goreng, gajus goreng dan kismis. Tutup sebentar.
7. Bila nasi agak kering barulah di gemburkan nasi. Akak gunakan chopstik takut nasi patah.

Sekali sekali makan daging kerbau..sedap..tapi tekstur daging agar kasar dari daging lembu.  Masak biar pekat sikit..tapi terpulanglah nak pekat ataupun cair. Kalau nak cair cuma tambah air.  Makan bersama nasi arab pastu goreng papadum..fuhh..memang tak pandang kiri kanan lagi dah.

Bahan-bahan
1kg daging kerbau (potong kecil, basuh dan toskan)
8 biji bawang merah*
6 biji bawang putih*
2 inci halia*
4 sudu besar kari daging babas

1. Tumbuk atau pun kisar semua bahan bertanda * dan perap bersama daging selama 1 jam.

Bahan Tumis
2 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
3 bunga cengkih
3 biji bunga lawang
1 biji bawang besar-di hiris
2 biji bawang kecil-dihiris
2 biji bawang putih-dihiris
2-3 tangkai daun kari
2-3  sudu besar serbuk kari babas
Minyak jagung/minyak sayur/minyak sapi/mentega/minyak kelapa sawit secukupnya
Air dalam 2 cawan

Bahan-Bahan
1 cawan susu cair*
6-8 biji limau kasturi-ambil jus*(campurkan bersama)
2 biji ubi kentang-potong 4
garam secukupnya

Cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumis rempah tumis dan masukkan bawang yang telah di hiris bersama daun kari. Biarkan sampai layu.
2. Masukkan rempah kari daging dan ratakan dan kacau selalu.
3. Masukkan pulak daging kerbau yang telah di perap dan kacau sebentar.
4. Setelah itu masukkan 2 cawan air dan ubi kentang.
5. Biarkan daging empuk dengan menggunakan api perlahan (akak masukkan dalam pressure cooker)..kalau liat..tambah air lagi.
6. Setelah daging empuk baru masukkan susu masam dan garam. Tambah air lagi jika perlu.
7. Gaul rata dan rasa dulu sebelum di padam api.

7 ulasan:

  1. telan air liur la tgk kak ina masak ;)
    tak pasti sama ada penah makan daging kerbau ke tak

    BalasPadam
  2. kalau masak daging guna pressure cooker memang senang kan kak ina, saya pun suka sebab daging cepat empuk. btw, geram lah tengok menu kak ina hari ni.

    BalasPadam
  3. dah lama tak pekena daging kerbau, kenduri kawin sekarang banyak masak daging lembu. mesti sedap.

    BalasPadam
  4. teringin makan nasi arab ni.. tidak pernah makan..mesti sedap =D

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...