OOO

Ad

Ahad, September 02, 2012

Sotong Kari Pekat Mantopsss




Kalau beli sotong besar dan ada isi (telur), akak suka masak camni selain dari sotong goreng tepung.  Kalau tak habis kuahnya, boleh cicah dengan cekodok ikan bilis, capati ataupun roti canai.


Bahan-bahan
5 ekor sotong-bersihkan, kelar-kelar badan sotong dan masukkan balik kepala  cucuk dengan pencungkil gigi dan toskan
6 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1 inci halia
1 labu bawang besar
1 cawan santan pekat
4-5  sudu makan kari ikan
1 biji kentang - potong 6 
2 biji cili hijau1/2 sudu kecil jus pekat asam jawa adabi
garam, air dan minyak secukupnya
Bahan tumis
1 batang kayu manis
2 biji bunga cengkih
2 biji bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
1/2 labu bawang besar di hiris
2 biji bawang merah di hiris
1 biji tomato-potong 4 
1 biji bawang putih di hiris
1 sudu teh halba campur
 
Cara-cara
1. Tumbuk bawang besar, bawang putih, halia dan bawang merah.
2. Panaskan minyak dan masukkan halba campur, bawang besar, bawang putih dan bawang merah yang telah di hiris bersama daun kari. Kacau sebati sehingga layu.
3. Masukkan pula buah tomato yang telah didadu. Biarkan sebentar.
4. Masukkan serbuk kari ikan dan sedikit air...kacau selalu dan kecilkan api.
5. Biarkan pes masak dalam anggaran 5-10 minit dan kacau selalu.  Masukkan garam.
6. Setelah pes naik minyak baru masukkan santan dan sedikit air dan ubi kentang.
7. Apabila santan mendidih masukkan pula sotong.  Selalunya tak payah masukkan air lagi sebab nanti sotong akan berair.
8. Jangan masak sotong terlalu lama...bila mendidih masukkan pula jus asam jawa bersama cili hijau..dan rasa dulu garam barulah di padamkan api.

14 ulasan:

  1. sebijik mcm kt kdai nasi lambai a.k.a nasi mamak iman selalu g ngn family kt teluk intan

    BalasPadam
  2. Sedapnya..
    Boleh try resepi ni. :)

    BalasPadam
  3. Emmm.. Sedapnya.. Sotong ni..

    Terasa lapar pula bila tengok sotong ni..

    P/s: Saya sedang mencari penaja untuk menganjurkan pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2.. Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi penaja Pertandingan ini, sila klik (Klik Di Sini)

    BalasPadam
  4. fuhh...best dan memang favorite saya...sotong ooo sotong kalau ada telur lagi la sedap...nak kena ke pasar nih cari sotong...thanks kak Ina.

    BalasPadam
  5. sedapnya sotong...terliur dah ni..:)

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum Kak Ina

    telan air liur ni......

    BalasPadam
  7. ala..terliur la kak..leh try resepi ni..biasa sy sotong masa sambal je..hehe

    BalasPadam
  8. Salam lebaran kak Ina.
    Sedapnya.

    BalasPadam
  9. tu diaaaaa... besor sungguh sotong itu... macam best!

    BalasPadam
  10. awal2 pagi buta ni tgk gambar rasa lapar pulak

    BalasPadam
  11. sedap ni, nak masak tak berbaloi pula sebab makan berdua aja. anak-anak tak makan kari. tapi nak cuba bila kat rumah mak @ mentua nanti.

    BalasPadam
  12. cantek je tgk sutong tu kak, kalo sefut2 ni msk kari sdp, manes je kuah kari tu..

    lebehnyer mmg sdp buat cica roti..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers