OOO

Memaparkan catatan dengan label resepi sotong kari pekat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi sotong kari pekat. Papar semua catatan

Ahad, September 02, 2012

Sotong Kari Pekat Mantopsss




Kalau beli sotong besar dan ada isi (telur), akak suka masak camni selain dari sotong goreng tepung.  Kalau tak habis kuahnya, boleh cicah dengan cekodok ikan bilis, capati ataupun roti canai.


Bahan-bahan
5 ekor sotong-bersihkan, kelar-kelar badan sotong dan masukkan balik kepala  cucuk dengan pencungkil gigi dan toskan
6 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1 inci halia
1 labu bawang besar
1 cawan santan pekat
4-5  sudu makan kari ikan
1 biji kentang - potong 6 
2 biji cili hijau1/2 sudu kecil jus pekat asam jawa adabi
garam, air dan minyak secukupnya
Bahan tumis
1 batang kayu manis
2 biji bunga cengkih
2 biji bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
1/2 labu bawang besar di hiris
2 biji bawang merah di hiris
1 biji tomato-potong 4 
1 biji bawang putih di hiris
1 sudu teh halba campur
 
Cara-cara
1. Tumbuk bawang besar, bawang putih, halia dan bawang merah.
2. Panaskan minyak dan masukkan halba campur, bawang besar, bawang putih dan bawang merah yang telah di hiris bersama daun kari. Kacau sebati sehingga layu.
3. Masukkan pula buah tomato yang telah didadu. Biarkan sebentar.
4. Masukkan serbuk kari ikan dan sedikit air...kacau selalu dan kecilkan api.
5. Biarkan pes masak dalam anggaran 5-10 minit dan kacau selalu.  Masukkan garam.
6. Setelah pes naik minyak baru masukkan santan dan sedikit air dan ubi kentang.
7. Apabila santan mendidih masukkan pula sotong.  Selalunya tak payah masukkan air lagi sebab nanti sotong akan berair.
8. Jangan masak sotong terlalu lama...bila mendidih masukkan pula jus asam jawa bersama cili hijau..dan rasa dulu garam barulah di padamkan api.

Isnin, November 29, 2010

Sotong Masak Szechuan

 Aduhai akhirnya tertunailah hasrat di hati nak jawab komen kat N3 akak kena kutuk tu . Akak bukan jawab sehari tapi berhari-hari.  Tak sangka setakat ini komen dah mencecah 105 orang.  Ohhh banyak gak penyokong akak yer.  Terima kasih bebanyak yer.

Sotong masak cara camni baru first time mencuba.  Rasa okeylah.
Bahan-bahan
6 ekor sotong
3 ulas bawang putih - dicincang
6 tangkai cili kering - potong serong
1 labu bawang besar - belah lapan
1 sudu besar kicap sotong
2 sudu besar kicap hoisin-tak letak sebb tak ada stok..akak tambah 2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 batang daun bawang-potong 1 inci
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara Menyediakan
1. Sotong dipotong melintang dan dikelar isinya.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili kering dan kacau hingga garing.
3. Masukkan sotong, kicap hoisin, kicap pekat, sos tiram dan kicap manis. Kacau hingga rata dan biarkan hingga sotong empuk.
4. Masukkan bawang besar, daun bawang,  garam dan gula. Kacau hingga rata dan angkat. Hidang semasa masih panas.

Jumaat, Oktober 01, 2010

Resepi Sotong Kari Pekat

 Alhamdulliah ada lagi penaja baru untuk contest akak.  Terima kasih kepada http://www.cometcloth.com  & http://www.chearmster.com
 yang sudi menaja  sehelai t-shirt  pop art berharga RM50.00 untuk pemenang 1, 2 dan 3.  

Apalagi..cepatlah masuk yer.
 Kadang-kadang fening nak masak sotong ni..dah lama tak masak kari..sekali sekala bolehlah makan..
Bahan-bahan
  • 5 ekor sotong-bersihkan dan masukkan balik kepala  cucuk dengan pencungkil gigi dan toskan
  • 6 biji bawang merah
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 labu bawang besar
  • 1 cawan santan pekat
  • 5 sudu makan kari ikan
  • 1 biji tomato
  • 1/2 sudu kecil jus pekat asam jawa adabi
  • 2 sudu makan sos tomato
  • garam, air dan minyak secukupnya
Bahan tumis
  • 1 batang kayu manis
  • 2 biji bunga cengkih
  • 2 biji bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 tangkai daun kari
  • 1/2 labu bawang besar di hiris
  • 2 biji bawang merah di hiris
  • 1 biji tomato didadu
  • 1 biji bawang putih di hiris
  • 1 sudu teh halba campur
Cara-cara
1. Tumbuk bawang besar, bawang putih, halia dan bawang merah.
2. Panaskan minyak dan masukkan halba campur, bawang besar, bawang putih dan bawang merah yang telah di hiris bersama daun kari. Kacau sebati sehingga layu.
3. Masukkan pula buah tomato yang telah didadu. Biarkan sebentar.
4. Masukkan serbuk kari ikan dan sedikit air...kacau selalu dan kecilkan api dan biarkan pes kari masak.
5. Biarkan pes masak dalam anggaran 5-10 minit dan kacau selalu.  Masukkan garam.
6. Setelah pes naik minyak baru masukkan santan.
7. Apabila santan mendidih masukkan pula sotong.  Selalunya tak payah masukkan air sebab nanti sotong akan berair.
8. Jangan masak sotong terlalu lama...bila mendidih masukkan pula jus asam jawa dan rasa dulu garam barulah di padamkan api.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...