OOO

Selasa, Oktober 02, 2012

Resepi Bihun Soto Bersantan Sedap



First time akak buat soto bersantan..sedap gak rasanya..akak ambik resepi dari MyResepi  yang di sumbangkan oleh DianaA.  Akak gunakan bihun tak guna lontong .

Bahan-bahan ( 12 orang )

  • 2 ekor ayam, dibelah empat
  • 3 - 4 liter air
  • 1 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan serbuk ketumbar
  • 2 sudu teh serbuk jintan halus
  • 2 sudu teh serbuk lada putih
  • 3 batang serai, dititik
  • lengkuas sebesar ibu jari, dititik
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 5 tangkai bunga cengkih
  • garam secukup rasa
  • 1 cawan minyak untuk menumis
  • Bahan untuk Dikisar
  • 3 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup

  • Bahan untuk Sambal Kicap
  • 5 batang lada merah
  • 20 biji lada padi merah thai
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan kicap lemak manis

  • Bahan Hiasan
  • bihun - di rendam dengan air suam..toskan
  • bergedil
  • taugeh yang telah dicelur
  • daun sup, dipotong halus
  • bawang goreng
  • sambal kicap
  • ayam, yang telah disiat-siat

Cara-cara

  1. Panaskan minyak didalam periuk. Masukkan rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) bersama serai dan lengkusa yang telah dititik. Tumis rempah yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus dan lada putih, gaul hingga sebati. Masukkan santan gaul sebati dan tuangkan air dan masukkan ayam. Masak sehingga kuahnya mendidih dan ayam masak.
  2. Cara membuat Sambal Kicap - Kesemua bahan itu masukkan kedalam alat pengisar dan kisar halus. Sedia untuk digunakan.
  3. Cara menghidang - Masukkan bihun yang telah di celur dan letakkan daging ayam yang telah disiat bersama taugeh dan tuang kuahnya. Hiaskan dengan daun sup, bawang goreng, bergedil dan sambal kicap.


5 ulasan:

  1. sedapnya kak ina...telan air liur je la nmpaknya ni...

    BalasPadam
  2. Menarik ni Kak Ina untuk dicuba :)

    BalasPadam
  3. saya tak pernah try bihun soto bersantan, tapi nampak menggiurkanlah kak ina...nakkk

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers