Hari Sabtu balik kampung suami di Johor sebab bapa mertua nak buat kenduri tahlil pada hari Ahad selepas Zohor. Bila sampai ke kampung dah malam..sibuklah buat apa yang patut. Bapa mertua tak berapa sehat sebab bila malam demam akan menyerang sehingga mengigil dan kadang-kadang rasa panas.
Pada hari Ahad, masa kami sibuk-sibuk menyediakan makanan di dapur, abang ipar bawa ke Hospital Segamat dan beliau di tahan di wad kerana terkena jangkitan paru-paru berkuman. Selepas majlis selesai kami segera ke hospital tetapi sayangnya waktu melawat telah habis..kenalah naik sorang demi sorang.
Alhamdulliah dapat gak melawat bapa mertua di hospital dan terus balik ke Kuala Lumpur..sampai kat rumah pukul 12.00 lebih tapi ke lebuhraya kereta masih banyak macam waktu siang.
Doakan agar bapa mertua akak cepat sembuh dan kembali semula ke rumah.
Ada macam-macam resepi yang akak pernah cuba dan tepek kat blog akak. Akak lebih suka guna resepi yang ni kalau buat.
terlupa nak sapu campuran telur dengan susu..jadilah bentuk camni
BAHAN -BAHANNYA :-)
270 g tepung roti (high protein flour)
50 g tepung halus (tepung Hong Kong)- (akak guna superfine)
60 g gula halus
1 camca teh garam 2 1/2 camca besar susu tepung
1 1/2 camca teh instant yeast
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner
1 biji telur gred C
140 ml air
30 g mentega
Sosej secukupnya (akak guna sosej ayam Ramli= 14 batang)
270 g tepung roti (high protein flour)
50 g tepung halus (tepung Hong Kong)- (akak guna superfine)
60 g gula halus
1 camca teh garam 2 1/2 camca besar susu tepung
1 1/2 camca teh instant yeast
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner
1 biji telur gred C
140 ml air
30 g mentega
Sosej secukupnya (akak guna sosej ayam Ramli= 14 batang)
CARA MEMBUATNYA :-)
- UNTUK DOH :- Satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan sosej. Gaul hingga semua bersatu dan menjadi doh, masukkan mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, kenyal dan licin (lebih kurang 15 - 20 minit). Alihkan doh ke dalam satu bekas dan tutup permukaan dengan plastic cling. Biar naik 1 jam.
- KAEDAH LAIN :- Masukkan kesemua bahan2 diatas kecuali sosej, ke dalam Bread Maker, pilih setting for dough dan tekan "ON". Tunggu hingga siap.
- Sosej dicelur dan sejukkan. Canai doh dan potong supaya mendapat potongan berukuran 3 cm lebar dan 25 cm panjang. Balut sekeliling sosej. Letak atas dulang yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga habis.
- Biarkan 45 minit sehingga doh naik. Sapu kuning telur + sedikit susu, tabur bijan dan bakar dalam oven pada suhu 180C selama 17 - 20 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.
Moga bapa mertua Akak cepat sembuh.. amin..
BalasPadamInsyaAllah...semoga semuanya selamat yer Kak Ina... sedapnya tgk roti sosej tu...
BalasPadamsemoga bapa mertua kak ina segera sembuh.
BalasPadamlama tak makan roti cenggini.
BalasPadamsemoga bapa mertua akak cepat sembuh.
BalasPadamanyway roti sosej tu mmg nampak sungguh sedapppp
Sedapnya.. Hee
BalasPadammudah2an bapa mertua kak ina cepat sembuh yer...
BalasPadamwah sedap roti sosej nie..lama xmakan.