OOO

Sabtu, Oktober 13, 2012

Wahai Anak

 Hari Sabtu pergi berniaga
Berniaga di Pasar Selayang
Dari kecil sehingga dewasa
Anak di jaga dengan penuh kasih sayang
 
Balik kampung mencari kelapa
Kelapa untuk masak kurma
Anak-anak penyeri ibubapa
Terhibur melihat telatah mereka

 Hati selalu merasa goyah
Melihat kekasih di depan mata
Duhai anakku permata ayah
penghibur hati penyedap mata


 Mak suka makan kueh koleh

 Beli kueh koleh  di pasaraya
Jadilah engkau anak yang soleh
Sentiasa menunaikan suruhannya
 
 Jala terpasang fajar merekah,
datangnya pagi sebagai tanda.
Jadilah anak pembawa berkah
ketika ayah dan ibu telah tiada

 



 Beli gula di kedai apek
Gula di beli untuk di buat sira
Dengarlah selalu nasihat yang baik
agar hidupmu kelak bahagia
  Jala di bawa hanya sejengkal 
Lautan dalam mahu di duga
Ilmu syariat sebagai bekal
Dunia akhirat aman bahagia 

Jika ingin mencari bunga
Carilah bunga yang harum baunya
Jika nanti kamu telah berjaya
Kedua ibubapa jangan di lupa 

6 ulasan:

  1. assalam ina..berpantu hari ni ye..tapi tak pandai la nak jawab..

    BalasPadam
  2. buah cempedak diluar pagar
    ambil galah tolong jolokkan
    saya budak baru belajar
    kalu salah berblog tolong tunjukkan...

    hehehe...ok tak pantun saya? hehe

    BalasPadam
  3. tradisi pantun harus dikekal kan

    BalasPadam
  4. wah berpantun pula yer.. hehehe
    nice.. nak berbalas x reti lah kak ina.. hehehe

    BalasPadam
  5. salam sis.
    Wah pandainya menyulam pantun.

    BalasPadam
  6. kak ina rajin pulak berpantun, nak jawab tak pandai lah... cantik gambar2 ni

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers