OOO

Ahad, Oktober 14, 2012

Pavlova Yang Sedapppppp

Dulu dah pernah buat sekali Pavlova..masa tu cuma buh strawberi sahaja.  Kali ini akak letak 3 jenis buah-buahan dan buat 2 lapisan.  Barulah rasa lagi umphh dan tak terasa manis sangat.

 
Akak suka makan buh whipped cream bebanyak ..sebab buat sendiri kan..kalau beli taklah buh banyak camni.
 
Bahan-bahan 
4 biji putih telur
1 1/2 cawan (kalau tak nak manis boleh guna 1 cawan)
1 sudu teh cuka makan
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu makan tepung jagung


  
  Lapisan pertama buh whipped cream (diputar dulu sehingga bertanduk) pastu letak yang pavlova yang kedua dan buh lagi whipped cream..tenguk akak buh bebanyak sebab suka makan whipped cream ni ..barulah tak rasa manis sangat
Cara Membuatnya
  1. Panaskan oven dengan suhu 120 C.Pukul putih telur sampai jadi bertanduk sambil di masukkan gula sedikit demi sedikit.(pukul in high speed). 
  2. Bila dah bertanduk (bila di terbalikkan bekas adunan tak jatuh) masukkan bolehlah dimasukkan cuka, pukul lagi, masukkan pula essen vanilla dan akhir sekali masukkan tepung jagung dan kacau lagi sehingga rata.
  3. Pukullah adunan itu sehingga nampak glossy.
 
mengada-gada konon tak buat bulat kali ni..buat bentuk camni pulak
Alaskan dulang pembakar dengan kertas minyak dan bentukkan menjadi bulatan dan letakkan adunan telur dalam bulatan. 
 
4. Masukkan kat dalam oven dan dibakar selama 1 jam setengah (1 1/2 jam) pada suhu 120′C atau sehingga berwarna coklet susu.

Tips
  1. Pastikan bekas adunan untuk kembangkan gula dan white eggs adalah bersih. Jika tidak, adunan tersebut tidak kembang.
  2. Pastikan Pavlova sejuk sepenuhnya didalam oven sebelum dikeluarkan.
  3. Kalau nak buh buah oren, strawberi,anggur,blueberry(buah-buahan yang masam) pun boleh sebab nak imbangkan rasa manis palova ini.

13 ulasan:

  1. tak pernah makan lagi kek ni setakat ni. rasa macam nak try buat jugak

    BalasPadam
  2. Myra dah try buat, cuma base buat nipis, jadi rasa tak seimbang, lepas ni dah tau boleh buat bagi tinggi :D

    BalasPadam
  3. Sedapnya Kak ina, boleh try juga nanti ni..

    BalasPadam
  4. Kak Ina...dah lama cr resepi ni....nak kongsi ye...kredit to kak ina kl..

    BalasPadam
  5. salam sejahtera cik Ina,

    Tengoklah pavlova kat blog saya...kak selalu hadapi masalah dgn whip cream, macammana nak putar dia suapaya akhirnya jadi naik cantik? kenappa kdgkala ia berair? adakah terlalu lama putar?

    Terimakasih cik Ina.

    BalasPadam
  6. lama jugak kan nak kena bakar pavlova ni. saya rajin makan je, nak buat malas.....

    BalasPadam
  7. ala sedapnya kak ina... tp x penah makan pun lagi.. x der sapa2 nak tlg buatkan hihihi...

    BalasPadam
  8. waaasedapnyer.. x pernah lagi makan pavlova ni..

    BalasPadam
  9. sedapnyeee...tetiba tingat pavlova kat delicious..nyum2.. :)

    BalasPadam
  10. saya tau beli ajer kak ina...hihihi..bahan2 sikit ajer ye?

    BalasPadam
  11. sy penah buat. tp npe whipped krim tu jadi berair ek?
    pastu die jadi mcm butter punye tekstur tp masih boleh mkn lg
    ada tips x utk buat whipped krim yg cntik mcm akak punye tu.....tq ^_^

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...