OOO

Selasa, Mac 12, 2013

Resepi Kentang Putar/Mashed Potato

Assalammualaikum

Kalau tekak teringin nak makan mashed potato aka kentang putar..anda boleh cuba buat ikut resepi yang akak ambil dari blog MaDiHaA. Kenalah buat sekali sos/gravynya sekali yer...barulah ada umphhhhh

Bahan-bahan
  • 8-9 biji ubi kentang saiz besar (kalau guna Russet potatoes lebih gebu)
  • Air yg cukup untuk merebus + 3 ulas bwg putih diketuk
  • 3 sudu besar butter
  • 2 sudu besar mayonaise
  • ½ cawan susu segar/ fresh cream
  • 1 sudu kecil black pepper 
Cara-cara
  1. Kupas kulit ubi kentang dan potong nipis2. Rebuskan dalam periuk - isi air cukup-cukup menutupi ubi dan campurkan sekali bwg putih yg diketuk.Tabur sedikit garam.Rebus hingga empuk dan tosskan air lebihan.
  2. Campurkan butter, mayonaise, susu segar dan black pepper kedalam ubi kentang yang telah direbus tadi dan lecekkannya.Kalau takde potato masher, gune electric mixer/ bontot botol sos pun boleh. Lepas dah hancur & smooth, siap lah mash potato tu.
  3. Untuk Gravy : Tumis bwg putih dan black pepper hingga wangi.(jgn sampai garing sgt..tak sedap)
  4. Masukkan semua bahan-bahan lain kecuali air tepung jagung. Masak hingga didih.
  5. Sambil kacau, tuang air tepung jagung sikit2 sampai gravy tu tak pekat, tak cair.( kalau suka pekat2, tambah lagi..ikut selera masing2)
  6. Untuk serve, tuangkan gravy atas mashed potato tadi dan ENJOY! 
Anak kata gravy ni cam ikea meatball punyalah..wahhh kalau betullah memang leh buat nanti kan
 
Gravy
Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )

    * 650 ml air
    * 1 stok ayam MAGGI
    * 1 biji bawang besar - cincang
    * 3 tangkai daun sup/saleri
    * 40 gm mentega
    * 20 gm tepung gandum
    * 1 sudu besar sos tomato
    * 1 sudu besar sos tiram
    * 1 sudu teh aji shio
    * kicap pekat
    * 2-4 sudu makan susu segar Magnolia (susu lain pun boleh)
    * garam

Cara-cara

   1. Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.  Tapis ke dalam mangkuk.
   2. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum. Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
   3. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel. (kalau bergentel biarkan sejuk pastu kisar dan masak sekejap)
   4. Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
   5. Masaklah ikut pekat mana yg disukai...kena adjust gak rasanya yer

14 ulasan:

  1. assalamualaikum kakina...menarik resepi ni...:)

    BalasPadam
  2. sedapnya.. boleh masakn untuk baby.. tp xmau letak blacpepper

    BalasPadam
  3. lama tak buat kentang putar ni..teringin nak buat lagi..

    BalasPadam
  4. Kak ina... thank you sebab share. Saya dah lama cari recipe gravy untuk mashed potatoes... tapi semua macam complicated sangat. Nanti saya try recipe ni, ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. cubalah cleffairy..tak cuba tak tau kan

      Padam
  5. terima kasih berkongsi tentang russet potato

    BalasPadam
  6. kak, nak cuba la resepi ni. tak pernah buat mashed potato sendiri

    BalasPadam
  7. macam sedap je ni kak....=D

    BalasPadam
  8. gebu die sama cm kfc punya tak kak ? :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. gebu gaklah tapi kena betul-betul lecek sampai halus
      kalau guna russet potato lagi gebu
      akak guna potato biasa ajer
      nanti nak cuba lagi guna kentang russet pulak

      Padam
    2. SORRY menyampuk,kepci guna tepung ketang

      gaul dgn air pns je,hubby penah keje mase muda2 dulu hehehe

      Padam
    3. ooo camtu tu ker ? tak ori ek :)

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers