Ingin menyelami erti sejarah dan sains?
Silalah berkunjung ke pameran pendidikan yang menampilkan ciptaan dan penemuan saintifik yang di lakukan oleh cendekiawan Muslim ketika kemuncak tamadun Islam.
Pameran ini telah telah berjaya menarik minat ramai pengunjung di seluruh dunia,  oleh itu kejayaan yang sama di harap turut di kecapi melalui pameran selama enam bulan di Malaysia.
  
 'Pameran Sultan of Science'  di Petrosains, The Discovery Centre  
merupakan pengalaman yang unik bagi pengunjung kerana memberi pengertian
 yang mendalam tentang asas sains yang telah di temui oleh cendekiawan 
Muslim pada masa lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif Petrosains, Tengku Nasariah Tengku Syed Ibrahim berkata, pameran ini bermatlamat untuk meningkatkan daya pemahaman sains, di samping menggalakkan masyarakat untuk menghargai sains dan juga bagi meraikan sumbangan cendekiawan Muslim pada zaman kegemilangan Dunia Islam (700-1700SM) serta pengaruh penemuan yang memberi inspirasi terhadap ciptaan pada zaman moden.
Sungguh menarik apabila mengetahui kebanyakan penemuan dan ciptaan terkenal yang di kaitkan dengan sainstis-sainstis Barat sebenarnya telah ditemui terlebih dahulu oleh cendekiawan Muslim.
Pameran Sultans of Science ini mempamerkan sembilan bidang utama Islam iaitu penemuan saintifik , matematik dan pelayaran, astronomi, perubatan, instrumen pembuatan, teknologi keseian dan ciptaan, optik, kejuruteraan, seni bina dan penerbangan.
 Replika Jam Air Gajah 

merasai pengalaman terbang seperti burung..menarik bukan
Abbas Ibn Firnas, seorang pakar dalam pelbagai bidang dari Sepanyol adalah manusia pertama yang melakukan penerbangan pada 880SM dengan menggunakan peluncur yang di perbuat daripada buluh, fabrik dan pelepah burung helang. 
Sementara
 Hazarfen Ahmad Celebi pula merupakan seorang sainstis penerbangan 
berbangsa Turki yang berjaya melakukan penerbangan tanpa tenaga dengan 
stabil pada abad ke 17
Sudut Seni Geometri
Pameran yang amat menarik menekankan pelbagai tarikan penuh interaktif seperti pameran deria dan statik, permainan skrin sentuhan, permainan video dan poster informasi yang menarik.
 Pengunjung akan dapati 
banyak penemuan, 
sudut optik 
pencapaian dan penciptaan tokoh-tokoh ilmuan Islam yang
 mengagumkan. 
Sudut  Chemistry
  sudut peralatan astronomi pada zaman dahulu 
Sedang Ralit Mendengar  Seruling Abadi
 Mesin wuduk yang mengeluarkan air pada jumlah 
dan sela masa yang tetap untuk berwuduk
Horizon
Kanak-kanak boleh merasai pelbagai pengalaman yang unik
 
Selain dari itu, pelbagai aktiviti sampingan turut di adakan
seperti pertunjukan silap mata
dan sela masa yang tetap untuk berwuduk
Horizon
Kanak-kanak boleh merasai pelbagai pengalaman yang unik

Selain dari itu, pelbagai aktiviti sampingan turut di adakan
seperti pertunjukan silap mata
 Straw Games
permainan sukat air
Spicy
 Perfume pula memberi maklumat tentang haruman yang diperbuat daripada 
rempah-ratus.Sains dan sejarah memang berkaitan dan mempunyai kesan positif kepada masyarakat. Inilah peluang terbaik untuk kanak-kanak, ibubapa dan guru untuk menambah ilmu serta menyelami sains dengan lebih mendalam.
Dibuka kepada orang ramai dan berlangsung dari Januari hingga Jun 2013.
Bayaran masuk dikenakan ialah RM20.00 bagi dewasa, RM15.00 untuk remaja 13 hingga 17 tahun, RM10.00 untuk kanak-kanak tiga hingga 12 tahun, manakala pakej keluarga merangkumi dua dewasa dan dua kanak-kanak berharga RM40.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi 03-23318181 pada waktu pejabat atau pun layari www.petrosains.com.my/sultansofscience.
Marilah bersama mengenali Zaman Kegemilangan Tamadun Islan dengan lebih mendalam di Petrosains!

Menariknya...sampai Jun eh Kak Ina? Nanti hubby balik fr business trip nk ajak pegi lah. Thanks for the info kak!:)
BalasPadamsyoknyaaa..... kalau dekat dneo pun nak pergi :)
BalasPadamTerima kasih atas maklumat. Teruja utk bawa anak2 didik ke sana.
BalasPadam