Sabtu, Mac 16, 2013

Serunding Wan Sabariah di Pasir Mas Kelantan

Assalammualaikum semua

Tadi pegi ke Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR)..wah..bestnya orang tak ramai...gamaknya ramai gi serbu Mattafair kat PWTC kot.  Pastu gi SOGO..orang pun rak ramai..akak tak beli apa pun cuma temankan kakak yang nak beli kain dan tempah baju perkawinan anak pempuan dia.

Last pegi ke sini bulan puasa..mungkin sebulan nak puasa baru ramai orang ke situ.
Masa gi jejalan ke Kota Bharu..lepas gi ke Rantau Panjang kami singgah pula ke rumah agam Wan Sabariah yang tersergam indah berwarna kehijauan yang terletak berhampiran roundabout Salor di Pasir Mas.

Rumah ala ala Bollywood ni memang cantik dan menjadi salah satu tarikan bila nak ke Rantau Panjang kalau dari Kota Bharu.  Pernah 

Akak pernah terbaca di blog-blog kat sini ada jual serunding...mula-mula cadang nak gi ke Kampung Laut Tumpat tempat pembuatan serunding yang best  tapi agak jauh nak pusing balik ke sana dari Rantau Panjang .  Hari dah petang..driver/pa/anak  akak pun dah penat..kesian gak kat dia.

 baru siap..masih panas lagi..sedang di sejukkan
Akak gi ke bengkel tempat pembuatan serunding sebelah rumah agam tu..tapi tak dah.  Rupanya semua dah balik..nasib baik jumpa ada sorang lagi pekerja kat ceruk dapur tengah sibuk membersihkan segala perkakas kat situ.  Kalau nak beli kena gi masuk ke rumah tersebut.
Serunding kat sini buat cara tradisional..guna kayu api dan di masak dalam kawah/kuali tembaga..harga kuali ni mesti mencecah ratusan gak ni.  

Ingat nak beli yang kuali tembaga yang kecik kat Kuala Terengganu ataupun di Kota Bharu  tapi member kat situ  kata harganya sekarang ni mahai..mencecah ratusan mengikut saiz yang di kehendaki..aduhai..tak per lah..tak yah beli..guna ajer kuali lama akak tu.
Ingat yer ..kena ikut pintu kecik ..bukan pintu besar yang takkan di buka sewenang-wenangnya...anda nampak tak pintu kecik tu?  Harga 500gm/1/2 kg serunding daging dan ayam dalam 20 hinggit.  Yang paling penting serunding ni fresh dari kuali.

Jika ke Kelantan jangan lupa singgah beli serunding yer...akak suka makan dengan ketupat, ketupat palas, bubur nasi dan lomang...nak buat malaslah pulakkkk.


9 ulasan:

  1. dah pernah singgah sini.
    kagum dgn rumah besar ni.jual serunding pun berduit

    BalasPadam
  2. Salam ziarah, wah akak dh sampai sini dlu
    Sy yg mmg dok kelate ni pun x penah nak masuk sini, just tengok je ms lalu depan rumahnya.hehe

    BalasPadam
  3. rumahnya cantik...colorful...serundingnya sure sodap....

    BalasPadam
  4. assalamualaikum kakina...sedapnya serunding tu teringat mcm nak raya pula...:)

    BalasPadam
  5. teringat waktu bulan puasa. serunding selalu jadi menu pilihan bersahur & dimakan dengan nasi panas..

    BalasPadam
  6. dah lama plak tak makan serunding nih..

    BalasPadam
  7. pernah pergi ..memang sedap serunding dia

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers