OOO

Ad

Khamis, April 04, 2013

Percutian Ke Legoland (Part 1)

Assalammualaikum

Dari Pulau Pinang kami ke Johor Bharu..terasa jauhnya dari utara ke selatan..sampai dekat 11.30 malam..nasib baiklah akak ada..boleh gak akak drive bila hb dah penat/mengantuk.  Walaupun suami kata akak bawa terlampau berhemah..tak kisahlah kan..janji keta gerak gak bila dia tidur..taklah tersadai kat R & R.

Jauhlah gak akak bawa dari selepas perhentian Tapah sehinggalah kat Air Keroh Melaka...sampai kat Jay Bee dah nak dekat tengah malam.  Tak pernah kami memandu sejauh perjalanan kali ini..


Esoknya kami ke Legoland..ashik tertunda ajer nak ke sini..akhirnya sampai gak.

Kat sini kalau bawa bekalan makanan dan minuman lepas ajer sebab penjaga tiket tak check pun walaupun ada papan tanda tulis ..tak leh bawa makanan dari luar.  (dlm bi)

Happy tul 2 orang budak sekolah ni..dapat gak  release tension sebelum ambil periksa SPM dan UPSRLegoland Malaysia terletak di Iskandar, Nusajaya Johor...agak payah gak nak cari kalau tak ada GPS.

Ada sebanyak 40 tarikan dan permainan yang disediakan untuk para pengunjung disini. Ada permainan untuk kanak-kanak..ada untuk orang dewasa.

Harga tiket masuk  RM140 untuk umur 12-59 tahun, RM110 untuk umur 3-11 tahun dan juga untuk wargamas 60 keatas.   Ada gak Annual Pass kepada sesiapa yang berminat dengan harga RM275-RM210...kalau duk kat Jay Bee bolehlah beli sebab berbaloi boleh masuk banyak kali yang anda suka.  Kadang-kadang ada offer ..cuba check kat SINI


 Atuk LEGO tidur berdengkor...kruhhhh...kruhhh ..kruh...
walaupun tidur di tengah panas terik :)
Ira dan Imran pegi main bersama-sama...mereka takkan nak ikut kami berdua. Kami janji akan berkumpul semula di pintu masukPermainan ni di panggil  Wave Racers.

Adalah basah sikit baju bila penonton sajer dengki tekan punat kat tepi permainan ni..macam bom air..nasib tak baik bila lalu habislah terpercik air kat kita.  Ira main masa nak balik..sikit ajer basah baju dia sebab dah tak ramai orang masa tu kat situ.
Suami excited nak cuba naik roller coaster di Project X Lego Technic. Kami bernasib baik sebab iorang tak ramai walaupun cuti sekolah.  Tak sampai 15 minit beratur..kalau cuti perayaan masaklah kena beratur lama
Suami akak jadi kanak-kanak riang jap..baik ukur dulu ketinggian anak-anak tau sebab bila dah beratur tak dapat naik mesti anak kita rasa frust
Kat Lego Kingdom seolah olah kita berada di istana terdapat  2 buah roller coaster ..
roller coaster Dragon’s Apprentice yang tak berapa laju dan tinggi..sesuai untuk keluarga bersama anak-anak.
The Dragon pula yang lebih best dan mencabar..pastulaju dan curam...cuba tenguk..lengang ajer kan..anak akak siap main sampai 2 kali.
kalau rasa lapar dan dahaga bolehlah berehat jap kat sini dan tempat makan yang lain.  Tapi yang buat tak best sebab tak ada water cooler cam kat USS. 

Kalau nak ke sini bawalah air sebab kalau cuaca panas memang habis bekalan air.  Akak bawa 2 botol besar air mineral  pun tak cukup..nak tak nak kena beli air botol mineral kecik RM2.50 satu. Harga air sedap RM5.00 sebotol yang kecik tu.

Bawak gak snektau  sebab kalau bawa anak mesti mereka rasa lapar..ada gak yang bawa makanan dalam beg.
Oleh sebab tak ada model nak di ambil gambar..suami akaklah yang jadi mangsa.  Suami akak kagum bila tenguk semuanya di perbuat dari LEGO..kalau suami akak kagum tentu kanak-kanak lagi kagum kan.
Kat sini terdapat banyak aktiviti menarik antaranya Miniland, Lego City, Lego Technic, Lego Kingdom, Imagination dan Land Of Adventure.

Kalau bawa anak yang besar baik gi terjah kat tempat permainan yang best-best tu dulu cam kat Land of Adventure.  Tak payah layan dulu tempat lain..nanti dah puas main baru gi tenguk puas-puas sebab kalau orang dah ramai memang penat beratur.

Kalau nak dapatkan bear tu kenalah beli token dulu..kalau nasib baik dapatlah...kalau idak..nangis :(


Layan berdua tenguk cerita kat  Lego Studios nak tengok 4D movie adventure...tak lama sangat kat dalam..yang lama sebab kena tunggu..cerita habis dalam 5 minit ajer.  Best cam kat USS...ada 3 cerita yang berlainan yang boleh kita layan..kalau nak tenguk kena tenguk jadual..
Surau ada kat 2 tempat..luas pulak tu...tak macam kat USS.  Sejadah dan telekung pun di sediakan...tak yah bawa pun tak per.

Nanti layan part 2 yer..sebab banyak lagi gambar.

14 ulasan:

  1. bestnya kak... kami tak pegi lagi.. tunggu anak2 besar2 sikit dulu baru berbaloi nak gi..
    baru part 1 dah byk gambar camni? luas ye kak?

    BalasPadam
  2. wahhh kak ina dah sampai kat sana.. haza xtau lagi nak pi bila. costly la anak haza ramai, hehehehe

    BalasPadam
  3. Bestnya..belum sempat dpt pergi

    BalasPadam
  4. salam. wah bestnya! kami pun dah lama teringin nak pergi tp x berpeluang lagi.tq share...byk info n suka tgk pic!

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum Kak Ina

    kalau macam saya bawa semua nak...kena sediakan beribu juga...

    BalasPadam
  6. best
    negara islam

    kemudahan surau penting

    singa tu phm2 aje la kan kak

    BalasPadam
  7. cam x ramai orang je masa ni...ok lah x perlu nak beratur panjang...

    BalasPadam
  8. Sampai dah Kak Ina kesana. Sue ntah bila nak ke sana. kalau ada anak2 boleh la kot sampai ke sana. Heee

    BalasPadam
  9. assalamualaikum kakina...memang best semuanya ada kat sana...bawa budak2 mmg seronok la mereka...;)

    BalasPadam
  10. bestnyer kan ka!..kene buat part by part hahaaha..satu hari nanti sy akn bwk anak2 jugak..tunggu pokok2 de besar sket hahaha

    re: Dah update ke Tangkuban Parahu (Part 3) kihkih

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers