OOO

Khamis, April 04, 2013

Resepi Kek Pisang Lembut Dan Mudah

Assalammualaikum semua

Gi Pasar Tani beli pisang raja untuk makan-makan..pisang emas untuk buat lempeng kelapa.  Dah habis pisang emas..pisang raja masih ada lagi.  Kalau di biarkan tentu busuk..sayangkan nak buang.


 Cari resepi nak buat kek pisang yang cepat di masak..sedap di makan :) ...akhirnya jumpa resepi di blog   Raihan senang sebab tak guna mentega langsung.
Ikut feed back yang akak baca kek ni manis..jadi akak gantikan dengan gula perang dan tambah coklat urai dan di taburi dengan badam cincang. 

Akak tambah lagi 4 biji pisang sebab sayang nak buang.  Kek pisang ni kalau dah sejuk pun masih lembut lagi. Kalau tak percaya cubalah buat yer.


Bahan-bahan :)
4 biji pisang emas/ awak (saiz sederhana)- hiris nipis & lecek (akak tambah 4)
1 cawan gula pasir-ganti gula merah
1 cawan minyak masak
4 biji telur gred A
1 1/2 cawan tepung gandum diayak bersama 1 sudu teh baking powder dan 1 sudu teh soda bikarbonat-akak guna tepung naik sendiri..cuma tambah sb
1 sudu besar air limau nipis-guna air lemon
1 sudu teh esen pisang/ esen vanilla
#coklat rice/coklat urai
#badam cincang-sangai dulu

Cara-cara:
1. Panaskan oven ke suhu 185 darjah Celcius api atas bawah.
2. Sediakan loyang 4 persegi. Lenser dengan margerin dan alas kertas minyak atau kertas biasa AA
3. Kisar gula, telur, minyak di dalam 'blender' hingga putih. (3-5 minit)
4. Tuang ke dalam mangkuk. Masukkan campuran tepung. Kacau rata dengan senduk.
5. Masukkan pisang, esen pisang, coklat urai dan air limau. Gaul sebati.
6. Tuang adunan ke dalam loyang..taburkan badam cincang dan masak dalam oven selama 45 minit atau kek keperangan seperti di dalam gambar. Cucuk bahagian tengah kek dengan lidi sate untuk mengetahui kek masak sempurna atau tidak.
*** Letakkan kek di rak paling bawah oven ( kalau guna oven elektrik 21 l) api atas bawah sepanjang proses untuk hasil memuaskan.
Ishhh gambar blurrrlah pulakkkkk

5 ulasan:

  1. waaa lapar la plak tgk pic kek ni..

    BalasPadam
  2. tak pernah lagi buat kek pisang macam nie...baru awal bulan lepas buat kek moist coklat untuk anak kat PUSASDA.....
    leh try kek pisang nie yea....

    BalasPadam
  3. tak pernah buat tapi tengok resipi cam senang jer kan kak... ^^

    BalasPadam
  4. Kek pisang antara kek paberet sue. Wangii ja baunya... (^_^)

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...