Jumaat, Mei 17, 2013

Percutian Ke Legoland Malaysia -Akhir

Assalammualaikum semua

Aduhai nak buat N3 ke Legoland mengambil masa gak nak buat N3..tapi PART 1 dan PART 2 dah siap.  Part akhir baru dapat buat hari ni sebab dari hujung bulan masuk wad..pastu ashik jumpa doktor..pastu terlupa..pastu malas..baru hari ni virus R datang balik.

 Jalan-jalan bersama keluarga tercinta
Bukan senang nak selalu berjumpa
Ralit sungguh di Legoland Malaysia
Bermacam bentuk bermacam rupa
 Jerung sibuk menganga-ganga
Kononnya nak makan apa sahaja
Kanak-kanak dan juga remaja
Semua merasa teruja di Legoland Malaysia
Permainan ni anak-anak tak cuba..kalau main memang basah lenjun..Nak keringkan baju kena bayar dalam belas ringgit juga..kalau tak kena beli baju hujan/plastik harga RM30.00 satu (kalau tak silap ..lupalah)
 
Suami ashik perli sahaja
Kenapa tak naik satu pun benda
Nak buat macam mana
Ashik rasa seriau sahaja
Ramai kanak-kanak merasa gembira
Naik kuda terlonta-lonta
Takkan akak naik mainan yang ini pula
Nanti orang kata buang tabiat pula
Bot ni jalan lambatlah sungguh
Ambil masa sungguh bila nak cuba
Kena beratur sampailah kaki lenguh
Kalau tak cuba ralat pula rasanya
 
Ayah dan anak perempuan riang ria
Gelak ketawa akak dibuatnya
Bila dah sampai di Legoland Malaysia
Orang tua pun jadi bertukar rupa
 Penat juga berjalan di Legoland Malaysia
Minuman dan makanan jangan di lupa 
Payung pun mesti disedikan juga
Kalau hujan parah nanti dibuatnya
Dua kali beratur nak naik keretapi
Kali pertama tak jadi
Sebab ramai sangat yang menanti
Tak ingin buang masa kat sini
 Bila dah lapar pekena pizza
Harganya bolehlah tahan juga
Janji rasa sedap kena dengan selera
Duit yang keluar taklah terasa
Bila tenguk cara membuatnya
Rupanya senang nak menyediakannya
Kulit dah sudah siap sedia diatas meja
Cuma buh bahan..bakar dah tersedia
Harga cenderamata di Legoland Malaysia
Boleh pengsan tenguk harganya
Akak langsung tak beli ini semua
Rasa sayang pula duit yang ada
 Cuaca panas pengunjung ceria
Bila dah rasa tersangat dahaga
Ke cafe ini kami masuk juga
Tak payah pandang tanda harga

Seronok bila melihat mereka berkerjasama
Untuk menang dapat tempat pertama
Gelak ketawa kedengaran sentiasa
Tak kurang juga terpekik ceria
 
Anak-anak akak merasa teruja
Tertunai hasrat dihati dapat ke Legoland Malaysia
Menghilangkan stress sebelum periksa
Apa salahnya mereka bergembira
Sampai masanya nak pulang segera
Rasa penat badan dah tak terdaya
Jom pi ke Legoland Malaysia
Tak pergi rugi rasanya :)

7 ulasan:

  1. HI..kak ina..bestnya baca cerita akak..siap berpantun-pantun dan buat teruja nak pegi...

    BalasPadam
  2. waah...bestnye..org tua pon naik sama hehe

    BalasPadam
  3. uniknya entry kak ina kali ni.... siap dijadikan pantun lagi tu.... kreatiff! sgt sedap dibaca...

    p/s : kak ina masuk wad? sakit apa tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jaa
      akak masuk wad cuci lutut..buh pelincir tulang rawan
      biasalah dah berumur ni..ada ajer penyakit yang datang
      alhamdulliah dah beransur sembuh

      Padam
  4. assalamualaikum kakina....
    Semua teruja nak ke Legoland Malaysia
    sampai juga kakina akhirnya ke sana
    buat melepaskan hajat di hati anak-anak juga
    buat semangat mereka menghadapi periksa

    terujanya tak terkata dapat jelajahi keseluruhannya
    dapat ke Legoland Malaysia memang semuanya ada
    siap sedia mencuba mainan semuanya ada
    kalau tak tahan janganlah cuba rasa nak putus jantung kita...

    BalasPadam
  5. wahhh bestnyaaa kak ina pegi bercuti :))

    BalasPadam

  6. Assalamualaikum Tuan/Puan.


    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers