OOO

Ad

Isnin, Mei 13, 2013

Resepi Tagine Kambing/Lamb Tagine

Assalammualaikum semua

Akak pernah makan tagine ni kat satu restoran arab....dihidang pula dengan roti...lembut betul daging kambing yang di hidangkan.  Tajine ni adalah stew daging yang pedas...boleh guna ayam, daging lembu dan daging kambing.
Sepatutnya di masak menggunakan tajine (kredit pic kat google)..tapi tak ada sebab benda ni ada di morocco ajer.  Akak pun masak guna pressure cooker ajer.
 Cari kat google..macam-macam resepi yang ada..ada ajer bahan yang tak cukup..terutama bila tak ada rempah arab..akhirnya akak ambik sana sikit dan buat ajerlah.  Alhamdulliah jadi juga. 


Bahan-bahan
4 sudu makan olive oil
1 sudu makan serbuk kunyit*
1 sudu teh serbuk cili*
2 sudu makan serbuk lada hitam*
1 sudu teh paprika*
2 sudu makan serbuk jintan manis*
1 sudu kecil serbuk kayu manis
1 1/2 sudu makan halia kisar*
2 biji bawang besar-hiris
3 biji bawang putih-kisar*
2 biji bawang besar-hiris
1kg boneless lamb shoulder,potong dadu  5cm 
4-6 sudu makan tomato puree
2 batang lobak-(potong setengah inci tebal)
3 biji ubi kentang-potong 4
5-6 biji buah kurma tanpa biji-belah 2
55gm kismis
600ml chicken stok/air
2 biji tomato-potong 6
½ tsp saffron-campurkan dengan sudu makan air suam
1 sudu makan madu
2 sudu makan daun ketumbar-cincang
sedikit daun ketumbar untuk hiasan
garam secukupnya
Cara Membuatnya
1.  Campurkan semua bahan-bahan bertanda * dalam mangkuk kecil dan campurkan.
2.  Campurkan daging kambing yang telah di bersihkan dengan 1/2 bahan-bahan tadi.  Perapkan 2-3 jam.  Sebaiknya semalaman.
3.  Panaskan 2  sudu besar  minyak zaitun dan masukkan hirisan bawang besar sehingga layu dan masukkan juga bawang putih kisar.  Ketepikan.
4.  Dalam non stick pan  yang berlainan, panaskan minyak zaiton dan goreng sebentar lamb sehingga berwarna coklat dan masukkan dalam periuk, pressure cooker  ataupun bekas tahan panas.
5.  Masukkan juga air, tomato, air safron,tomato puree, lobak merah, madu, hirisan daun ketumbar dan kismis dan biarkan mendidih.
6) Bila sudah mendidih, rasa kuah tajine, kalau sudah cukup rasa masin dan rempahnya, tutup api dapur. Tutup periuk dan masukkan dalam ketuhar yang sudah dipanaskan 150 darjah celcius. (Kalau tidak mahu masak dalam ketuhar, boleh masak atas dapur juga, guna api kecil, untuk tempoh waktu sama)
6.  Masak dengan api perlahan lebih kurang 1-1 1/2 jam sehingga lamb lembut.  Setengah sebelum dihidangkan masukkan ubi kentang.  (kalau guna pressure cooker tak sampai 1 jam)
7.  Hidangkan dalan bekas tagine atau pun mangkuk dan taburkan hirisan daun ketumbar.
8.  Sedap di makan bersama nasi, roti nan ataupun roti biasa
Akak hidangkan bersama NASI SINAR MENTEGA dan

4 ulasan:

  1. Assalamualaikum Kak Ina

    tak pernah rasa lagi

    BalasPadam
  2. assalamualaikum kakina..sedapnya bila boleh rasa ni...:)

    BalasPadam
  3. dap2... tapi dneo tak bleh mkn daging kambing.. penin

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers