OOO

Ahad, Mei 05, 2013

Semangat Mengundi di PRU13-2013

Assalammualaikum

Tiap kali pilihanraya memang akak keluar mengundi..mana boleh tak undi..rugi kan

5 tahun lepas tak ada blog lagi..tak adalah kenangan mengundi.  Bila ada blog boleh buh gambar untuk kenangan sendiri.
Bila tenguk bendera berkibaran lagilah semangat membuak-buak
Lambaian bendera lagi membuatkan hati 
bertambah tak tahan

Bila masuk wad  hari Selasa lepas dan buat artroskopi lagi, akak berdoa agar akak dapat keluar hospital pada hari Sabtu.  Alhamdulliah semalam keluar ..hari ni dapat mengundi.  Walaupun hb suruh pakai tongkat ataupun kerusi roda sebab takut akak terjatuh ataupun tak tahan sakit lutut..akak berkeras cuma nak gunakan payung ajer sebagai tongkat.

Akak dapat saluran 2..kena panjat tangga...bila beritahu kat petugas SPR ..ada wakil yang turun yang bawa kertas undi..alhamdulliah dapat gak mengundi kat bawah..tak payah beratur panjang..special case  katanya..
 
Akak masih lagi berdaftar kat sini guna alamat rumah lama..sebab kalau gi mengundi dapat gak jumpa jiran-jiran lama.  Memang betul pun, tadi dapat berpeluk cium dengan jiran lama yang lama tak jumpa.  

Terharu sebab masih ada lagi ibu murid yang panggil akak Cikgu walaupun dah lama akak berhenti mengajar..cikgu memang satu panggilan yang sentiasa di ingati sampai bila..seronoknya bekas anak murid masih ada yang ingat akak lagi.

Semuga 5 tahun lagi akak akan dapat lagi mengundi.  Insyallah :

12 ulasan:

  1. skli skla jupe jiran lm mmg best

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu chinta..bukan senang nak jumpa jiran lama..masing-masing sibuk

      Padam
  2. wah mmg bersemangat kak ina
    sakit2 pun gi mengundi... bagus laksanakan kewajipan :)

    BalasPadam
  3. tu la,dpt berjumpe seronok

    insyAllah moga kita diizinkan Allah nak mengundi lagi

    BalasPadam
  4. assalamualaikum kakina...seronok bila dah dpt mengundikan hanya tunggu keputusan jer mlm ni...;)

    BalasPadam
  5. Akak...nanti share la citer pasal DAKWAT KEKAL tu yea... hehehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. ala tak kekal pun..balik rumah basuh tangan dah hilang

      Padam
  6. Akak ni cikgu ke dulu? Semangat jugak akak keluar mengundi walaupun tak berapa sihatkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ala cikgu biasa ajer lah hazmin

      Padam
  7. deno dah mengundi smlm:)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers