OOO

Khamis, Julai 11, 2013

Sotong Goreng Tepung (Resepi Lain)

Assalammualaikum dan selamat berpuasa semua

Ada orang kata bulan puasa tak usah tunjuk masakan kat blog, fb dan kat mana-manalah.  Erhmm blog akak ni banyak berkisar kepada masakan ..tujuan akak nak bagi anak-anak akak senang nak rujuk balik masakan yang pernah akak hidangkan kepada mereka bila akak dah tiada lagi. 

Taklah nanti mereka kempunan nak rasa kan..


Kat umah akak ni kalau buat sotong goreng tepung memang laku..1kg pun leh habis.  Selalu akak buat ikut resepi yang INI.kali ni ikut resepi yang di ambil dari SINI.
Sajer nak tukar selera ..akak campurkan gak serbuk cili kasar.
Bahan-bahan
1 kg sotong - bersihkan dan potong kecil 1 biji telur putih- akak guna 2 biji telur


bahan tepung:tak perlu campur air-akak gandakan 3
 3 sudu besar tepung beras
1/4 sudu teh garam
 
1 sudu besar tepung gandum  
1 sudu besar serbuk kari

cara:

gaulkan sedikit garam pada sotong dan masukkan ke dalam mangkuk yg berisi telor putih gaul rata

sblm tu.pastikan sotong tu betul2 kering selepas dicuci, guna tisu dapur utk serap lebihan air, kalo tak sotong akan meletup2 dlm kuali, salutan tepung jd x rata dan hasilnya kurang rangup (kalau toskan ajer pun ok gak tapi biar lama sikit)

pastu masukkan dalam campuran tepung.. ratakan tepung pada sotong panaskan minyak masukkan sotong satu persatu ke dalam kuali (sekali goreng jgn byk sgt) goreng sampai garing keemasan

8 ulasan:

  1. Assalamualaikum k.ina yumyum...peberet saya gak ni selain dari udang goreng tepung...=)

    BalasPadam
  2. thanks kak ina...sotong mcm ni memang selalu laku..

    BalasPadam
  3. Kak ina, garam pada sotong tu utk perisa dia atau utk bagi lekat ke apa? Saya tak pandai tak pandai buat ni. Sebab nak tunggu tepung masak, sotong tu dah jadi keras kejung.

    BalasPadam
    Balasan
    1. garam tu utk perisalah lydsunshine..putih telur/telur untuk melekatkan tepung. sotong tu toskan ajer sampai kering kalau tak nak bagi kering.

      Padam
  4. ye lah...sotong tu kena kering dulu,kalau tak salutan pun tak comel...selalu lepas basuh tos je,dia tak kering betulkan...tu lah pasal salutan selalu tertanggal..kan kan..

    BalasPadam
  5. sedapnye kak ina..saya daripada hari tu dah beli sotong nak wat celup tepung la hajat nye tp smpai sudah tak buat..smpai dah masuk bulan puasa dah ni..huhuhu

    Tingkatkan Peluang Hamil & Kecutkan Cysts Dengan Shaklee GLA Complex

    BalasPadam
  6. perrgghh... balik nih nak cuba lah kak ina. sangat menyelerakan tue.

    BalasPadam
  7. Salam Ramadhan Kak Ina

    tak payah lauk lain pun dah beselera....

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers