OOO

Isnin, Ogos 05, 2013

Resepi Kebab Daging/Roti Pita Aka Poket Doraemon

Assalammualaikum dan salam ramadan

Anak-anak suka makan simple dimple camni untuk makan malam. 
Dulu akak pernah buat gak roti pita ni tapi Imran panggil poket doremon sebab bila dah dibelah 2 macam poket kat baju doremon kan.


Bahan-bahan (untuk 3-5 orang )
  •  5 keping roti pita -potong2 (suker hatilah nak pakai  prisa garlic ker..)
  • 10 biji burger
  • 1/2 biji bawang besar (potong dadu)
  • 1 biji tomato (potong dadu)
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah/lada hitam
  • 1/2 cawan mixed vege
  • 6 sudu makan cili sos
  • 2 sudu makan mayonis
  • beberapa titik maggi seasoning (optional)
  • daun salad yang telah di cuci bersih
  • sedikit minyak
  • garam secukupnya
  • serbuk cili kasar (optional)
* cili sos dan mayonis boleh letak ikut selera sendiri
 
Cara-cara

1.  Roti pita di potong 2 dan panaskan sebentar dalam oven.
2.  Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar.
3.  Bila dah layu masukkan tomato, kacau dan masukkan buger ayam tadi.
4.  Kacau dan hancur-hancurkan dan masukkan pulak lada sulah, sedikit garam (jika perlu) dan lada hitam.
5.  Bila burger dah masak masukkan mixed vege kacau rata dan terus padam api.  Sejukkan.
 
 Campurkan sos cili dan mayonis dan kacau rata.
 
Masukkan daun salad dan inti daging ke  dalam roti pita dan bolehlah di hidangkan.

8 ulasan:

  1. Assalamualaikum kak ina. sodapnya! senang rupanya buat ni. hehehe thanks sharing resepi :)

    BalasPadam
  2. Pernah tengok kat FB Puan bee buat roti pita ni, tengok kak ina lagilah teringin nak makan. nanti cuba resepi ni nampak sedap

    BalasPadam
  3. Salam Ramadhan Kak Ina

    sedap kalau dibuat untuk iftal...

    BalasPadam
  4. pergh, kalau pedas lagi sedap

    BalasPadam
  5. Wahhh sebiji pun boleh kenyang nih!

    BalasPadam
  6. Kalau homemade punya memang nampak meriah camnie kan....tapi yang jual tue simple jee

    BalasPadam
  7. hoho..kebab mesti pedas dan manis. baru sedapppp..

    BalasPadam
  8. sedap ye .. ringkas.nana pun suka makan yang light2 macam ni..

    jemput ke blog nana :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers