OOO

Ad

Jumaat, Ogos 23, 2013

Resepi Rendang Udang Galah Sedap

Assalammualaikum

Tak habis-habis dengan rendang kan..ala akak buat ni nak bagi anak-anak yang balik sekali sekala ke rumah ni.
Mula-mula Yana macam hairan bila tenguk akak buat rendang udang galah ni... 
eh mak boleh ker?

Apa pulak tak boleh..tu semua kita yang masakkan..akak ambil resepi dari  Chef Mat

Bahan-Bahannya :-)
600 g udang galah
3 helai daun kunyit, hiris halus
1 camca besar gula melaka-tak letak
Garam secukup rasa
1 keping asam gelugor
1 cawan pati santan
2 camca besar kerisik
8 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 cm halia*
1 cm lengkuas*
2 batang serai, dihiris*
3 biji buah keras*-tak letak
3 biji cili merah (nak pedas boleh tambah cili padi)* (cili api 5 biji)
1 inci kunyit hidup*
1/2 inci belacan*(*dikisar halus)-tak letak
Cara membuatnya :-)
  1. Udang dibersihkan, perap dengan jus limau dan garam, cuci dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan2 kisar halus hingga harum, gunakan api sederhana. Masak hingga terbit minyak.
  2. Masukkan santan, gula, kerisik dan sedikit garam, gaul rata. Bila mendidih, masukkan udang tadi bersama asam gelugor. Gaul rata dan masak hingga kuah pekat. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam.
  3. Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit dan gaul rata. Terpulang pada individu, samada suka lembap atau kering. Hidangkan bersama nasi hangat, roti atau apa2 saja yang berkenan di hati.....

10 ulasan:

  1. huiiiiihhh.. tak tahan ni.. udang galah tu.. besarrrr punya kan.. puas makan sorang sekor.. :D

    BalasPadam
  2. mana akak beli udang galah kak? berapa sekilo?

    BalasPadam
  3. Rendang pedas ni bukan udang sahaja. Ketam pon boleh. Rendang pedas ketam lagi sedap. Nyummmmmmmmmm!

    BalasPadam
  4. ohhh...udang galah tu...memang maveles....tapi tak pernah rasa lagi........

    BalasPadam
  5. Salam...
    Raya lepas hubby da cakap sal rending udang..
    Saya mcm xpecaya...alih2 jumpa entry ni...betul la ada...hehehehe
    thans for the resepi :)

    BalasPadam
  6. Rendang udang...rendang udang...rendang udang. Kak Ina nasib baik saya tak mengandung kalau tak jenuh nak carik udang galah tapi sapa pulak nak masak?

    BalasPadam
  7. bestnya kak ina, terliur ummi tengok. kalau kat Sarawak dulu kak, puas makan udang galah, murah beli dari kawan2 suami yang mengail sendiri, fresh from the river gitu, hehe..

    BalasPadam
  8. salam k.Ina,nak tumpang mkn tghari kat sini lar....trgoda negok udang galah tu

    BalasPadam
  9. Aduhai, sedapnya nampak...baru aje makan tengahari tetiba terasa lapar balik tengok udang galah bergolek2 nih.

    BalasPadam
  10. ya allah... akak banyak buat deno terliur tau.. dah la udang tu besor2... geram!!! nak jugak! hehe ^_^

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers