OOO

Khamis, Ogos 22, 2013

Nasi Ayam Istimewa Jasmine Basmathi King

Assalammualaikum semua

Umat islam masih lagi  sibuk beraya di sana sini  dan saling kunjung mengunjung di hari lebaran untuk merapatkan kembali hubungan sesama insan.

Ziarah menziarahi di hari lebaran sememangnya amalan mulia demi untuk mempereratkan dan merapatkan serta memperkuatkan jalinan silatulrahim di antara kita semua dan saling bermaaf maafan.

Bila berkumpul di pagi raya kakak, adik lelaki  serta anak saudara menyatakan hasrat hendak  datang ke rumah akak dan suruh akak masak masakan istimewa, enak dan menyelerakan untuk mereka semua. 
Setelah berbincang dengan suami dan anak-anak kami bercadang nak masak Nasi Ayam Istimewa menggunakan Beras Jasmine Basmathi King yang berkualiti tinggi.


Oleh kerana yang di jemput ke rumah ramai, akak masak 4 kali ganda.  Nasi ayam ni kena masak dalam 2 periuk besar, al maklumlah anak-anak saudara akak dah besar.

Jom tenguk resepinya yer


Bahan-bahan (25-30 orang )
 
Untuk rebus
4  ekor ayam dipotong 12
8 ulas bawang putih
8 cm halia yg diketuk

3 buah sup bunjut
garam secukupnya
air secukupnya

Untuk perapan ayam
4 sudu besar kicap pekat
4 sudu besar sos tiram
4 cm halia
8 ulas bawang putih

2 sudu kecil kicap cair
Sedikit minyak bijan

Cara Memasak
  1. Ayam seekor dipotong 12, bersihkan dan di lumur dengan  bawang putih dan halia yang  ditumbuk serta sup bunjut.
  2. Rebus sehingga empuk.
  3. Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan perap dan tabur sedikit gula dan garam. 
  4. Simpan dalam peti ais selama 15 - 20 minit. 
  5. Lumurkan sedikit madu. Goreng hingga keperangan. 
  6. Angkat ayam dan terus dihidangkan.

Tips: ayam digoreng sekejap sahaja iaitu secara "Touch N Go", barulah ayam lembut.  

Untuk nasi
  • 20  cawan Beras Jasmine Basmathi King  - rendam 20 atau 30 minit baru di tos
  • 12 sudu besar butter/marjerin
  • 4 cm halia -ketuk
  • 2 biji bawang besar-hiris halus
  • 16  ulas bawang putih – ditumbuk
  • 30 cawan air rebusan ayam -ikut sukatan beras
  • garam secukupnya
  • 4 bunga lawang
  • 8 buah pelaga
  • 4 kayu manis
  • 4 batang serai – ketuk
  • 8 helai daun pandan
 

Cara-caranya
  1. Basuh beras dan toskan. 
  2. Panaskan butter, tumis bahan penumis, daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. 
  3. Masukkan beras dan goreng sekejap sehingga terbit bau.  
4.  Masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. 
5.  Masak seperti biasa. Bila nasi dah masak gunakan chopstick untuk mengacau supaya nasi tak patah.

Bahan-bahan sos
20 biji cili merah
12  biji cili padi
4 biji tomato
4 cawan air 
8 biji bawang putih
4 camca besar cuka makan
4-6  camca besar  gula pasir
Garam secukup rasa

Caranya
1. Cili merah di buang biji dan kisar bersama cili padi, bawang putih dan tomato dengan 1 cawan air hingga halus.
2. Tuang ke dalam periuk, masukkan gula dan sedikit garam
3. Kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga sos pekat sedikit, rasa dan tambah apa yang perlu. 

 
Lebihan air rebusan ayam di panaskan semula, masukkan sedikit garam dan hidangkan bersama bawang goreng dan hirisan daun sup/bawang.

Untuk kicap 
Kicap manis cap kipas udang
Sedikit sos tiram
Sedikit kicap cair
Sedikit gula
Air rebusan ayam

Cara-caranya

Gaulkan semua bahan dan bolehlah di hidangkan.


Selepas di masak saiz  Beras Jasmine Basmathi King  akan berkembang serta mempunyai tekstur yang halus.
 
Bila di hidangkan Nasi Ayam Istimewa ni, mereka semua tak sabar nak merasa hasil air tangan akak. 
Selepas membaca tahlil dan berdoa, tibalah masa untuk  menjamu selera. 
Kembang hati akak bila anak-anak buah kata akak masak sedappppp

Nasi Ayam Istimewa menggunakan Beras Jasmine Basmathi King memang enak dan berasnya panjang selepas di masak serta mempunyai aroma yang tersendiri.
 
Syukur alhamdulliah bila tenguk mereka berselera makan

"Sedapnya Nasi Ayam Istimewa Mak Ngah ni "

Tuan rumah makan last sekali lah, seronok kan bila ada tetamu yang datang menziarahi ke rumah masa hari raya ni terutama adik beradik.  Orang kata tetamu membawa rezeki..kena layan dengan sepenuh hati.

 Meriahnya raya di kampung halaman
Bermaaf-maafan dan saling kunjung mengunjung
Untuk mendapatkan hasil nasi yang menakjubkan
Gunakan  Beras Jasmine Basmathi King

 Sesuai untuk masak nasi briyani, nasi tomato, nasi ayam, nasi kandar, nasi serai dan macam-macam lagi nasi yang sedap, kalau  masak nasi biasa pun sedap tau.

19 ulasan:

  1. memang nampak sedap tu. nak satu

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum kak ina. sedapnya, nasi ayam fav sheila tu. heee nak rasa sikit.. selamat hari raya kak ina. maaf zahir dan batin :)

    BalasPadam
  3. kak ina... kena masak lagi sekali ni
    kami belum bagi cop SIRIM
    hehehe..selera je nampak nasinya

    BalasPadam
  4. bestnya kak ina, kalau dekat nak je pegi beraya rumah kak ina.
    Kalau kebetulan ke Putrajaya, roger2 ye, singgah rumah ummi.

    BalasPadam
  5. memang istimewa nasi ayam ni..

    BalasPadam
  6. Kak Ina beras tu rendam dulu macam biasa eh?

    Nanti boleh print pas tu semakkan laci dapur, bila ada tetamu ja cari2 dalam laci boleh terus masak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. beras basmathi memang kena rendam dulu JunAina..

      Padam
  7. confirm diorang tambah dua tiga kali kan.... p/s : Anak buah akak pun cantik dan lawa orangnya... hehehehe

    BalasPadam
  8. hari minggu hr tu nak buat nasi ayam, sekali abes ayam kat 3-4 buah kedai runcit area rumah tu. sabar jer la. sambung hujung minggu ni pulak la. hehehe

    BalasPadam
  9. nice sharing kak ina..teros sy bookmark post ni..kot2 leh try suatu hari nti :)

    BalasPadam
  10. Uish tengok pon dah rasa laporrr..Hehehehe

    BalasPadam
  11. Hehe, unik sungguh juadah di Hari raya. Barulah tidak bosan.

    BalasPadam
  12. Mantap sekali ni apalagi kalau berasnya pilihan tu... makyuss...

    BalasPadam
  13. simple dan sedap. tambah pula dari airtangan ina. nak dtg jugalah..:)

    BalasPadam
  14. boleh try kak.....hari tu saya masak guna beras biasa jer......

    BalasPadam
  15. emmmm..... nak cari nasi ayam jugak la ^^

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...