OOO

Isnin, September 09, 2013

Resepi Sotong/Ikan Bakar

Assalammualaikum
Kalau buat ikan bakar memang akak selalu ikut resepi yang akak cipta sendiri.  Kali ni akak guna ikan keli dan sotong, nak lebih sedap bakar guna arang lagi harum baunya.
 
Akak malas nak hidupkan arang, akak cuma bakar atas kuali sahaja.  Alas dengan daun pisang ataupun daun kunyit dan jangan lupa balikkan dan tutup dengan tudung periuk.  Sotong pulak jangan masak lama sangat nanti liat.


Bahan-bahan utama
3 ekor ikan keli

5 ekor sotong sederhana besar  
Bahan-bahan lain
  • 8 sudu makan cili kisar
  • 5 biji bawang kecil*
  • 4 biji bawang putih*
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 batang serai*
  • 1 1/2 inci halia*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 2 helai daun kunyit*
  • 2- 3 sudu makan gula castor-ikut citarasa
  • 1/2 sudu teh jus asam jawa adabi-klu yg biasa bubuh 1 sudu makan
  • garam secukupnya
  • minyak dan daun pisang/daun kunyit
  • 2 biji limau kasturi-untuk diperah sebelum di nikmati
Cara-caranya  
1. Kisar semua bahan bertanda *.
2. Masukkan minyak dan tumis semua bahan sehingga naik minyak.
3. Masukkan  gula castor, jus asam jawa dan garam.
4. Rasa dulu barulah di padam api. Sejukkan.
5. Bersihkan ikan  serta sotong dan perapkan bersama garam dan jus limau kasturi.
6. Biarkan selama 10-15 minit baru di cuci bersih.  Sotong pulak di kelar-kelar dan masukkan kembali janggut ke dalam badan dan lekatkan pencungkil gigi.
7. Lumurkan sambal ke atas ikan dan sotong.
8. Pastu bakarlah kat atas kuali leper ke...atas non stick pan ke...atas arang ke atau dalam oven....kalau bakar atas arang lagi best......kalau nak makan baru bakar...makan panas-panas pun sodap.....perah dengan asam limau kasturi.

p/s kalau nak tenguk gambar camner buat...bolehlah kat IKAN BAKAR KAK INA

7 ulasan:

  1. Tiba-tiba rasa terliur melihat hindangan didalam gamabr.

    BalasPadam
  2. resepi boleh di applikasi ke ayam dan ikan lain....saya tak makan ikan keli...hehe

    BalasPadam
  3. kak ina, terliurnye tengok ikan keli bakar tu! teringin nak cuba tapi tak reti nak siang ikan keli, slalu beli yg dh siap masak dikedai je. hehe

    BalasPadam
  4. assalamualaikum kakina...sedapnya menu sotong n ikan bakar ni...;)

    BalasPadam
  5. ya allah...sedpnya kak ina...x pernah cuba lagi buat yg macam ni

    BalasPadam
  6. ya allah.... terliur pula deno malam2 ni kak... hihihi^^

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers