OOO

Selasa, Oktober 29, 2013

Semua Anak Mak Sayang Tapi..........

Assalammualaikum 
 
 Sebagai seorang ibu yang telah melahirkan lima cahayamata dengan pelbagai cerita dan derita semasa mengandung dan melahirkan  mereka dan tentulah kasih sayang kepada semua anak adalah sama.
Dari sebesar telapak tangan sehingga sekarang ni lebih besar dari ibu sendiri, kasih sayang masih tidak berubah tak kiralah anak tu putih ataupun gelap...tak kiralah dia pandai ataupun kurang pandai.

Tetapi apabila anak-anak membesar  dan mulameninggalkan kita satu persatu, mulalah hidup terasa sunyi pula bila semua  ini tiada lagi kedengaran  di rumah.  Tiada lagi kedengaran hilai tawa anak-anak,  riuh rendahnya mereka bergaduh  dan suara mak menjerit memarahi anak-anaknya.
Tiada lagi gurau senda, tiada lagi hiruk pikuk, jeritan bila yang besar membuli yang kecik..tiadalah kedengaran tangisan si kecil.  Aduh memang kenangan sebegitu memang akan tidak  berulang kembali.  Rindunya mak dengan suasana sebegitu.

Apabila anak-anak dah membesar, mereka  mula ada kehidupan  dan mempunyai rakan mereka sendiri.  Setiap hujung minggu ada ajer urusan bersama dengan rakan-rakan sehingga ibu di rumah merasa kesepian terutama bila suami yang sentiasa bertugas jauh... tiada teman untuk berbicara, tiada teman untuk bergelak ketawa dan menangis bersama.
Kesepian mula mendatang..duk seorang memikirkan pelbagai perkara.
Tetapi bila ada seorang anak yang sentiasa boleh membawa ke mana sahaja kita nak pergi, nak jejalan, nak shopping, nak jumpa blogger, nak gi event, jumpa artis, tenguk wayang, kenduri kawin semasa ayahnya bertugas di tempat orang.. dah tentulah anak itu lebih di sayangi kerana beliau memang payah hendak mengatakan "TIDAK" kepada maknya.
 lelaki lelaki kesayangan akak
Payah hendak mendengar dia mengatakan TAK BOLEH MAK..sentiasa kata BOLEH AJER kecuali bila ada hal yang tidak boleh di elakkan dan dengan syarat kena bagitau awal. 

Walaupun kata-kata dan gurau sendanya agak kasar tapi hati dia tak sebegitu.  Terima kasih anakku.

Sehingga seorang teman blogger  EYRIQAZZ ada mengatakan

KAK INA..PAYAH NAK JUMPA  SEKARANG ANAK YANG SENTIASA MENGEKOR MAK DIA
KE MANA SAHAJA.

Alhamdulliah akak di kurniakan anak sebegitu..syukur teramat sangat dan sebab itu akak sentiasa tak berkira dengan anak akak tu.  Seorang ibu tidak perlukan wang ringgit  tetapi seorang ibu bukan  cuma perlukan perhatian, perlukan teman untuk meluahkan perasaan, perlukan teman untuk berbincang.

Tentu ada blogger yang perasan akan kehadiran anak akak tu kan.
Kepada anak-anak mak yang lain jangan pulak kata mak tak sayang kamu semua yer..cuma bila seorang anak sentiasa mengikut kata  dan memenuhi segala perminataan mak, dah tentulah nama anak tersebut sentiasa ajer di sebut-sebut.

Setiap anak mak ada keistimewaan masing-masing.

MAK MANA YANG TAK SAYANG ANAK-ANAKNYA.


29 ulasan:

  1. sama lah kak, saya lagi ada dua orang, jer... memang selalu lah kesepian, tapi alhamdulillah ada biznes yang di buat, jadi dengan kehadiran pelanggan sering memecah kesepian saya kak.... going to miss u kak

    BalasPadam
  2. assalamualaikum kakina...alhamdullilah semoga anak2 akak akan terus menjadi anak yg baik..:)

    BalasPadam
  3. Begitulah indahnya aturan kehidupan famili kita........ kekadang saya terfikir juga bila setiap anak ada kelebihan masing-masing dan peranan dalam keluarga

    BalasPadam
  4. Best kan anak ramai ramai...SA pun dh rasa sunyi sbb anak dh makin besar..ntah mcm mn nanti if dia masuk asrama masuk university. .dh la anak SA sorang tu aje....

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah..sejuk hati ibu kan kak Ina.

    BalasPadam
  6. Samalah kita Ina...apa yang Ina tulis ini memang menyentuh perasaan akak .

    BalasPadam
  7. sy juga akan melalui situasi ni satu masa nnt, insya Allah jika DIA memanjangkan usia...

    BalasPadam
  8. saya pun tahu anak kak ina yg itu.

    BalasPadam
  9. untung kak ina ada anak yang boleh kautim baik punya...best kan :)

    BalasPadam
  10. anak yg sentiasa patuh kepada ibubapa pasti sentiasa akan disebut. tu biasalah kan?
    tahniah kpd kak ina kena mendidik anak2 yg patuh kepada ibubapa

    BalasPadam
  11. Kak Ina.. soon saya juga akan mengalami saat yg Kak Ina rasa sekarang... ni rasa nak tambah anak lagi ni hehehhe

    BalasPadam
  12. Betul tu kak ina. Moga anak2 semakin taat
    Pd maknya. Biarpun anak2 x hiraukan mak tp mak tetap sayang anak2nya

    BalasPadam
  13. Semoga kak ina terus di beri kebahagian bersama anak2

    BalasPadam
  14. muja maybe tak leh rasa lagi sebab tak kawin pun lagi, but i know my umi loves us so much :D

    BalasPadam
  15. Anak2 sumber kekuatan ibubapa dia...

    BalasPadam
  16. mak saya pon selalu cakap, 'kalau ko ade anak esok, tahulah....'

    huhu!

    BalasPadam
  17. alhamdulillah kak jie
    kita kita je faham feel anak anak kita... memasing berbeza dan kena pandailah urus supaya berbezaan anak2 tu menambah harmoni keluarga

    BalasPadam
  18. semoga sehingga ke akhir hayat kita anak2 masih bersama kita. insyaAllah..

    hai sorg2 nak kahwin kan...

    BalasPadam
  19. Betul tu kak kalau anak tu yang sentiasa buat kita senyummm ja memang akan nampak lebih sikit la perhatian kita kat dia. Rupanya jadi mak ni sama ja kan...ehehee...

    BalasPadam
  20. sedih pulak.. sy juga akan melalui saat2 itu :-)

    BalasPadam
  21. Indeed..memang susah nak cari anak yang begitu menyenangkan hati seorang ibu...

    BalasPadam
  22. Setuju. Anak tetap anak. Rajin malas, cantik tak cantik. Anak kita kan...

    BalasPadam
  23. Semoga anak-anak kita menjadi anak yang sholeh sholehah aamiin...aamiin

    BalasPadam
  24. anak makcik tu bukan jadi kesayangan makcik je, ni kami2 kawan dia ni pon selalu puji dia baikkkkkkkkkkk. tak pernah hampahkan permintaan pertolongan kawan2.

    ingat lagi mase nak pergi ppum tahun lepas, taktau jalan... sanggup tunjuk sampai depan lobi menara timur ppum..

    BalasPadam
    Balasan
    1. syukur alhamdulliah kalau kawan kawan pun kata camtu :)

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers