Assalammualaikum
Kadang-kadang mati akal nak masa apa untuk keluarga tersayang..dah masak udang goreng tepung sedap, sambal udang enak, rendang udang lazat dan bermacam-macam lagi resepi yang akak pernah cuba. Nasib baiklah sekarang ni resepi semua di hujung jari (kena ada internet dan gadget) boleh google apa yang hendak di masak.
Kebetulan akak ada beli daun selasih di pasar pagi greenwood, google punya google terjumpa resepi dari Nor.
Bahan2:
250 gm udang
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
2 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1/2 labu bawang besar ~ dipotong dadu
sedikit capsicum merah dan hijau ~ dipotong (tak letak)
5 - 7 bj cili padi ~ dihiris serong
3 sudu besar sos cili thai
1 sudu kecil sos ikan
garam dan gula secukup rasa
segenggam daun selasih
minyak
Cara:
- Perap udang dgn garam dan serbuk kunyit.
- Goreng sekejap sehingga udang bertukar warna.
- Angkat dan ketepikan.
- Tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar minyak dalam kuali dan tumis bawang putih hingga wangi.
- Masukkan bawang besar yg dipotong dadu dan biarkan hingga bawang layu.
- Kemudian masukkan capsicum, cili padi, sos cili thai, sos ikan, garam dan gula secukup rasa (garam tak perlu letak banyak sbb dah ada rasa masin dr sos ikan dan masa perapan udang).
- Masukkan udang dan kacau. Biarkan masak utk seketika.
- Padamkan api dan masukkan daun selasih (tak perlu dihiris) dan kacau.
- Angkat dan hidangkan panas2 bersama nasi putih.
Udang memang feveret saya :)
BalasPadamSedap ni Kak ina, ratah pun best ni!
BalasPadamMasakan udang termasuk salah satu masakan kesukaan anak pertama saya kak
BalasPadamUntung anak2 akak sebab mak pandai dan yg penting rajin masak2.
BalasPadamsaya sebenarnya teringin sanagt skang ni nak makan udang galah...hu3..ada tak resepi terbaik untuk udang galah ni
BalasPadamSimple jer resepi, kalau tak cuba memang tak patut. Terima kasih kak Ina kerana berkongsi.
BalasPadamBileh cuba ni kak ina sbb udang is my favorite too
BalasPadamUdang-udangnya besar puas makan.
BalasPadamyummeehhh ni kak ina...
BalasPadamUdang macam nie sedap kalau kita buat ratah macam tu je... hehehehe
BalasPadamassalamualaikum kakina...sedap ni boleh buat bila ada masa nanti...;)
BalasPadam