OOO

Ahad, Disember 08, 2013

Syukur Alhamdulliah

Assalammualaikum
 
 
11 Disember kau di lahirkan
7 Disember kau di nikahkan
Semuga menjadi anak yang beriman
Semoga Kekal Bahagia Hingga Ke Akhirnya
 
  Berborak hingga hari senja
Kerana bercakap bersulam cerita
Berdebak berdebuk hati dirasa
Kerana mengadap pak imam tercinta

Mawar merah harum mewangi
Jambangan digubah berseri-seri
Doa restu kami iringi
Baik berpakat suami isteri

DOA UNTUK PASANGAN PENGANTIN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى جعل لنا متزوجين وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سيدنا محمد رحمة للعالمين وَعَلَى ءَالِهِ الطاهرين واصحابه الذين كالنجوم للمهتدين


Segala puji hanya untuk-Mu ya Allah yang telah menjadikan kami berpasang-pasangan. Selawat dan salam di atas junjungan kami Saiyidina Muhammad rahmat sekelian alam serta keluarga dan sahabat-sahabatnya sekelian.

Ya Allah, pada malam yang berkat ini, kami berhimpun di sini sebagai tanda kesyukuran kami atas nikmat-Mu bersempena dengan majlis perkahwinan yang diadakan oleh keluarga kedua-dua mempelai dengan selamat dan sempurna bagi pernikahan anakanda mereka.

اَللَّهُمَّ يَا رَحِيْمُ يَا وَدُوْدُ ياذاالعرش المجيد فعال لما يريد

Ya Allah Ya Tuhan Kami Yang Maha Sempurna, rahmatilah majlis ini semoga ianya berjalan dengan sempurna seperti mana yang telah Engkau kehendaki dan berkatilah majlis yang diadakan ini dengan keberkatan dari permulaan hingga ke akhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu.

Ya Allah Ya Tuhan kami Yang Amat Mengasihani, limpahkanlah rahmat dan keampunanMu kepada pasangan pengantin. Kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaan dan cubaan hidup berumahtangga lebih lebih lagi di akhir zaman yang penuh pancaroba ini.

Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina ini di kurniakan zuriat yang soleh dan solehah serta berkekalan hingga ke akhir hayat. Amiin Ya Rabbal A’lamin.

اَللَّهُمَّ أَلِّفْ بَيْنَ اْلعَرُوْسَيْنِ كَمَا أَلَّفْتَ بَيْنَ الْمَاءِ وَالطِّيْنِ وَ بَيْنَ آدَمَ وَحَوَّاء، وَبَيْنَ إِبْرَاهِيْمَ وَهَاجَرَ وَسَارَه، وَبَيْنَ يُوْسُفَ وَزُلَيْخَة، وَبَيْنَ أَيُّوْبَ وَرَحْمَةَ، وَبَيْنَ مُوْسَى وَصَفُوْرَه، وَبَيْنَ سُلَيْمَانَ وَبَلْقِيْس، وَبَيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى الله ُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَزَوْجَاتِهِ الْمُطَهَّرَاتِ رِضْوَانُ اللهِ عَلَيْهِنَّ أَجْمَعِيْنَ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.

Ya Allah kurniakanlah restu dan kasih sayang di antara kedua pengantin ini serta eratkan hubungan keduanya sepertimana telah Engkau hubungkan di antara air & tanah, Adam & Hawa, Ibrahim & Siti Hajar, seperti Yusuf & Zulaika, Ayub & Rahmah, Musa & Safurah, Sulaiman & Puteri Balqis dan seperti Baginda Muhammad s.a.w & Khadijah.
Ya Allah, satukalah keduanya dalam inayah dan barakahMu. Semoga menjadi Nur ibadah yang mendambakan rahmatMu.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا وَلاَتَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَمَحْرُوْمًا يَا أَكْرَمَ اْلأَكْرَمِيْنَ.
{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}
وَصَلَّى الله ُ عَلى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Kredit : Google

21 ulasan:

  1. Selamat pengantin baru...tahniah kak ina dapat menantu...

    BalasPadam
  2. selamat pengantin baru buat anak aunty. Semoga urusan seterusnya dipermudahkan :)

    BalasPadam
  3. tahniah kak Ina dah dapat menantu.. :)

    BalasPadam
  4. tahniah kak, baru dapat menantu
    moga kekal bahagia hingga ke Jannah kepada pasangan pengantin

    BalasPadam
  5. Kak Ina, tahniah diucapkan di atas pernikahan anak kak Ina. Tahniah terima menantu. Tahniah kepada pengantin baru. Didoakan semoga mereka (pengantin baru) hidup bahagia, dimurahkan rezeki dgn anak2 yg soleh.

    BalasPadam
  6. tahniah kak Ina , majlis berjalan lancar.
    tahun ini menerima menantu tahun depan menimang cucu
    In sya Allah

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah, hilang sudah debarannya kan kak ina, minggu depan makan nasi minyak pula kan.

    BalasPadam
  8. Tanniah dapat menantu sulung. :-)

    BalasPadam
  9. tahniah kak Ina. selamat pengantin baru buat anak & menantu kak Ina..

    BalasPadam
  10. Tahniah akak sekeluarga, Moga lebih bahagia keluarga akak dapat orang baru...

    BalasPadam
  11. Tahniah Kak Ina.... semoga majlis kenduri minggu nie berjalan dengan lancar hendaknya....

    BalasPadam
  12. tahniah kak ina..moga semuanya berjalan lancar ye...selamat pengantin baru..

    BalasPadam
  13. Tahniah akak... semoga diorang berkekalan abadi. Maaf ye, tak dapat pergi. My parents in town, so I temankan diorang hari tu.

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum Kak Ina

    Moga bahagia hingga ke Syurga

    BalasPadam
  15. assalamualaikum kakina...tahniah2 baru menerima menantu...:)

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum Kak Ina..
    Apa khabar kak? Mohon maaf kerana telah lama tidak singgah blog akak..
    Tahniah buat Kak Ina kerana telah menerima menantu.
    Tak lupa juga, nak ucapkan "Selamat Pengantin Baru buat anak akak dan pasangannya"..
    Semoga ikatan perkahwinan yang dibina akan berkekalan hingga ke syurga.. Amin.

    BalasPadam
  17. Tahniah untuk akak dan pengantin.. sedap juadah hari tu kak.. sampai licin kambing org tu kerjakan.. hehee

    BalasPadam
  18. selamat pengantin baru utk anak kak ina.. lelaki ye?

    BalasPadam
  19. Semoga perkawinannya selalu bahagia dan bisa menjadi keluarga sakinah, mawadah dan warohmah

    BalasPadam
  20. selamat pengantin baru dan selamat menerima menantu =)

    Tips Mudah Hamil Bersama GLA Complex

    BalasPadam
  21. kawen pembuka rezeki...jgn tgu rezeki baru kawen..ble dah ade calon kawen je rezeki cari lepas kawen...insyaallah allah bantu org yg berniat bina masjidnya..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers