OOO

Selasa, Disember 10, 2013

RESEPI SOTONG GORENG BREADCRUMB

Assalammualaikum
Bzzz bebeno sampai jarang update blog.  Al maklumlah sibuk buat persiapan kenduri belah kami pula pada hari Sabtu ni.  Ada ajer barang yang perlu di beli.

Gambar pak pong belah pempuan nanti akak tunjuk yer..
Kat Miri memang mudah nak dapatkan bahan nak masak, harganya lebih kurang harga di Kuala Lumpur tapi kat sini lagi fresh.  Akak pernah di bawa oleh rakan blogger gi beli ikan yang baru ajer di tangkap..masih berlendir lagi.

Nak goreng sotong breadcrumbs ni tak boleh lama sangat sebab takut liat macam getah sekerap.  Akak ambil resepi dari blog Nor

Bahan-bahan
3 ekor sotong sederhana besar
1 cawan breadcrumb (kuning)
1 sudu besar serbuk cili kasar
1/2 cawan tepung gandum
1 - 2 biji telur
sedikit garam
minyak

Cara Menyediakannya
Potong sotong dan toskan hingga kering airnya.
Masukkan breadcrumbs, serbuk cili kasar, tepung dan sedikit garam ke dalam sebuah bekas.
Gaul rata.
Pecahkan telur dan pukul dengan  garfu.
Celup sotong dlm telur, angkat dan gaulkan dlm bancuhan breadcrumbs.
Goreng dalam minyak yang sudah dipanaskan dengan menjarakkansedikit sotong tu antara satu sama lain.
Goreng hingga breadcrumbs menjadi golden brown.
Angkat dan toskan.
Hidangkan dgn sos cili kegemaran.


11 ulasan:

  1. Urmppp...nampak sedap mesti rasa pon sedap

    BalasPadam
  2. nyummy...
    sedapnya...

    BalasPadam
  3. Nyum2 sedapnya akak,terliuq ni hihi
    New Entri updated : "Kau Bercuti kat mana ? "

    BalasPadam
  4. Nampaknya teknik goreng breadcrumb nie semakin popular....sedap dan rangup

    BalasPadam
  5. ringkas je..senang ni boleh try nnt..tq kak

    BalasPadam
  6. Guna serbuk roti yang menjadi tarikan.

    BalasPadam
  7. hoho..semua nampak sedap..lagi2 time lapor ni

    BalasPadam
  8. Sedapnya kak ina.. dah lah sy tgh lapar ni.. huhu

    BalasPadam
  9. wah sedapnya...tghari cenggini tgh lapo tmbah time hujan pekena sotong celup tepung ni memang terangkat habis !!

    BalasPadam
  10. Wah, sungguh menggugah selera ni sotong gorengnya
    BIsa dibagi di mari hehehe ...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...