Assalammualaikum
Kredit : Google
11 Disember kau di lahirkan
7 Disember kau di nikahkan
Semuga menjadi anak yang beriman
Semoga Kekal Bahagia Hingga Ke Akhirnya
Berborak
hingga
hari
senja
Kerana
bercakap
bersulam
cerita
Berdebak
berdebuk
hati
dirasa
Kerana
mengadap
pak imam
tercinta
Mawar merah harum mewangi
Jambangan digubah berseri-seri
Doa restu kami iringi
Baik berpakat suami isteri
Jambangan digubah berseri-seri
Doa restu kami iringi
Baik berpakat suami isteri
DOA UNTUK PASANGAN PENGANTIN
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى جعل لنا متزوجين وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ
عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سيدنا محمد رحمة للعالمين
وَعَلَى ءَالِهِ الطاهرين واصحابه الذين كالنجوم للمهتدين
Segala
puji hanya untuk-Mu ya Allah yang telah menjadikan kami
berpasang-pasangan. Selawat dan salam di atas junjungan kami Saiyidina
Muhammad rahmat sekelian alam serta keluarga dan sahabat-sahabatnya
sekelian.
Ya
Allah, pada malam yang berkat ini, kami berhimpun di sini sebagai tanda
kesyukuran kami atas nikmat-Mu bersempena dengan majlis perkahwinan
yang diadakan oleh keluarga kedua-dua mempelai dengan selamat dan
sempurna bagi pernikahan anakanda mereka.
اَللَّهُمَّ يَا رَحِيْمُ يَا وَدُوْدُ ياذاالعرش المجيد فعال لما يريد
Ya Allah Ya Tuhan Kami Yang Maha Sempurna, rahmatilah majlis
ini semoga ianya berjalan dengan sempurna seperti mana yang telah
Engkau kehendaki dan berkatilah majlis yang diadakan ini dengan
keberkatan dari permulaan hingga ke akhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini
adalah dengan izinMu.
Ya Allah Ya Tuhan kami Yang Amat Mengasihani, limpahkanlah rahmat dan keampunanMu kepada pasangan pengantin.
Kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah
menghadapi setiap dugaan dan cubaan hidup berumahtangga lebih lebih lagi
di akhir zaman yang penuh pancaroba ini.
Mudah-mudahan
perkongsian hidup yang dibina ini di kurniakan zuriat yang soleh dan
solehah serta berkekalan hingga ke akhir hayat. Amiin Ya Rabbal A’lamin.
اَللَّهُمَّ أَلِّفْ بَيْنَ اْلعَرُوْسَيْنِ
كَمَا أَلَّفْتَ بَيْنَ الْمَاءِ وَالطِّيْنِ وَ بَيْنَ آدَمَ وَحَوَّاء،
وَبَيْنَ إِبْرَاهِيْمَ وَهَاجَرَ وَسَارَه، وَبَيْنَ يُوْسُفَ
وَزُلَيْخَة، وَبَيْنَ أَيُّوْبَ وَرَحْمَةَ، وَبَيْنَ مُوْسَى
وَصَفُوْرَه، وَبَيْنَ سُلَيْمَانَ وَبَلْقِيْس، وَبَيْنَ سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ صَلَّى الله ُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَزَوْجَاتِهِ الْمُطَهَّرَاتِ
رِضْوَانُ اللهِ عَلَيْهِنَّ أَجْمَعِيْنَ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ
الرَّاحِمِيْنَ.
Ya
Allah kurniakanlah restu dan kasih sayang di antara kedua pengantin ini
serta eratkan hubungan keduanya sepertimana telah Engkau hubungkan di
antara air & tanah, Adam & Hawa, Ibrahim & Siti Hajar,
seperti Yusuf & Zulaika, Ayub & Rahmah, Musa & Safurah,
Sulaiman & Puteri Balqis dan seperti Baginda Muhammad s.a.w &
Khadijah.
Ya Allah, satukalah keduanya dalam inayah dan barakahMu. Semoga menjadi Nur ibadah yang mendambakan rahmatMu.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا وَلاَتَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَمَحْرُوْمًا يَا أَكْرَمَ اْلأَكْرَمِيْنَ.
{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}
وَصَلَّى الله ُ عَلى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.Kredit : Google
Selamat pengantin baru...tahniah kak ina dapat menantu...
BalasPadamselamat pengantin baru buat anak aunty. Semoga urusan seterusnya dipermudahkan :)
BalasPadamtahniah kak Ina dah dapat menantu.. :)
BalasPadamtahniah kak, baru dapat menantu
BalasPadammoga kekal bahagia hingga ke Jannah kepada pasangan pengantin
Kak Ina, tahniah diucapkan di atas pernikahan anak kak Ina. Tahniah terima menantu. Tahniah kepada pengantin baru. Didoakan semoga mereka (pengantin baru) hidup bahagia, dimurahkan rezeki dgn anak2 yg soleh.
BalasPadamtahniah kak Ina , majlis berjalan lancar.
BalasPadamtahun ini menerima menantu tahun depan menimang cucu
In sya Allah
Alhamdulillah, hilang sudah debarannya kan kak ina, minggu depan makan nasi minyak pula kan.
BalasPadamTanniah dapat menantu sulung. :-)
BalasPadamtahniah kak Ina. selamat pengantin baru buat anak & menantu kak Ina..
BalasPadamTahniah akak sekeluarga, Moga lebih bahagia keluarga akak dapat orang baru...
BalasPadamTahniah Kak Ina.... semoga majlis kenduri minggu nie berjalan dengan lancar hendaknya....
BalasPadamtahniah kak ina..moga semuanya berjalan lancar ye...selamat pengantin baru..
BalasPadamTahniah akak... semoga diorang berkekalan abadi. Maaf ye, tak dapat pergi. My parents in town, so I temankan diorang hari tu.
BalasPadamAssalamualaikum Kak Ina
BalasPadamMoga bahagia hingga ke Syurga
assalamualaikum kakina...tahniah2 baru menerima menantu...:)
BalasPadamAssalamualaikum Kak Ina..
BalasPadamApa khabar kak? Mohon maaf kerana telah lama tidak singgah blog akak..
Tahniah buat Kak Ina kerana telah menerima menantu.
Tak lupa juga, nak ucapkan "Selamat Pengantin Baru buat anak akak dan pasangannya"..
Semoga ikatan perkahwinan yang dibina akan berkekalan hingga ke syurga.. Amin.
Tahniah untuk akak dan pengantin.. sedap juadah hari tu kak.. sampai licin kambing org tu kerjakan.. hehee
BalasPadamselamat pengantin baru utk anak kak ina.. lelaki ye?
BalasPadamSemoga perkawinannya selalu bahagia dan bisa menjadi keluarga sakinah, mawadah dan warohmah
BalasPadamselamat pengantin baru dan selamat menerima menantu =)
BalasPadamTips Mudah Hamil Bersama GLA Complex
kawen pembuka rezeki...jgn tgu rezeki baru kawen..ble dah ade calon kawen je rezeki cari lepas kawen...insyaallah allah bantu org yg berniat bina masjidnya..
BalasPadam