OOO

Isnin, Februari 24, 2014

Jalan Jalan Ke Brunei (Part 1)

Assalammualaikum

Dah makan tengahari ker belum?  

Gi jejalan kat Brunei ni cuti tahun baru cina tapi baru dan nak buat N3 sebab kalau buat N3 camni gambar banyak dan kena cari yang ok ajer.

Dulu pernah akak jejalan singkat naik bas yang di sediakan oleh tourism Brunei masa transit balik dari Uk.  Kalau nak baca N3 kat SINI.

Tak sangka pula sekarang ni duk sini dan boleh jejalan lagi ke Brunei.
Dari bandaraya Miri nak Bandar Seri Begawan ambil masa lebih kurang 2 jam sebab jalan tak bengkang bengkok.  Dari umah akak dekat sikit..mula-mula kena tempuh pondok tol.  Kena bayar RM10.00 sehala, kalau di ikutkan tak berbaloi bayar banyak tu sebab jalan bukan bagus pun...hermm tol ni ada ajer kat mana-mana tapi taklah sebanyak di Semenanjung.
Lepas tu chop passport kat Sungai Tujuh Immigration Check Point , lalu kastam..kalau bawa barang bersubsidi cam gula dan tepung gandum kenalah cukai dan chop passport kat pintu masuk ke Brunei. 

Tak payah keluar dari kereta, hulur ajer passport dan tanpa banyak songeh passpot kami di chop.  

Jangan lupa isi borang ni..kalau bawa kereta sendiri, bawalah salinan geran sebab kat borang ni kena isi no enjin dan chasis.  Kalau tak bawak atau tak tau memang harulah
Pagi tu memang hujan renyai-renyai, suami pun tak berani nak merempit.  Jalanraya lenggang menghala ke Brunei tapi dari Brunei nak ke Miri memang banyak sebab kalau cuti mereka suka jejalan cari makan dan beli barang keperluan di Miri terutama minyak masak.

Satu satunya tol yang kami kena bayar kat sini di Jambatan Rasau, Kuala Beliat..3.00 dollar lebih kurang 8 hinggit sehala.

Pemandangan lebih kurang sama ajer..ada rumah besar ..ada rumah biasa..ada rumah buruk.
Sampai kat Jerudong, kami nak ke tandas, walaupun jalan lurus cam highway tapi tak ada r & r cam kat highway di sana.  Akhirnya kami singgah di stesyen Shell Jerudong..nak masuk tandas kena bayar sorang  20 sen duit Brunei..ishh kat sini foc ajer kan. 
Akhirnya sampai ke Bandar Seri Begawan, oleh sebab hari Jumaat cuti jalanraya lenggang.

tokong di tengah bandar
Oleh sebab nak solat Jumaat dulu, kami terus ke Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien.  Akak dan Ira duk lepak dalam keta ajer.


p/s Nantikan sambungannya yer

17 ulasan:

  1. Assalamualaikum,
    Tak pernah sampai Brunei...teringin sangat nak pi jenjalan sini

    BalasPadam
  2. salam Kak Ina...bestnya..apa yang SA nampak Brunei sangat bersih kan....

    BalasPadam
  3. Salam Kak Ina..Azzah pernah gi Brunei pada tahun 2005 dulu, tidur rumah kawan atas kawan..maksudnya kawan Azzah ada kawan duduk sana, so, tumpang tidur kat rumah dia ..

    BalasPadam
  4. aah jln depan tol tu mmg hancus kan kak. lopak air, jln berlubang2. entah kenapa diorg x repair. sama la, mula2 dtg terus singgah kat masjid omar tu. yumida pergi tahun 2012 yg lepas

    http://umikasum.blogspot.com/2013/01/trip-to-brunei-darussalam.html

    BalasPadam
  5. owhhh.... jadi bersiri pulak yea.... saya tunggu episod makan dan gambar gadis tempatan je.... hehehehe

    BalasPadam
  6. bestnya kak dapat jalan-jalan..

    BalasPadam
  7. akak upload la lagi gambar.. hehe teringin nak tengok lagi tempat orang

    BalasPadam
  8. Belum pernah sampai brunei lagi. Nampak macam menarik je suasana dekat sana.

    BalasPadam
  9. pernah mengutarakn idea nk ke Brunei tp bile tny ape ade kt Brunei terus blurr...Boleh jadikan entry kak ina as reference ni.

    salam kenal kak ina:)

    BalasPadam
  10. Dulu masa tbekerja di Miri ada beberapa kali masuk Brunei. Cuma tidak berkesempatan hendak ke Jerudong Park.

    BalasPadam
  11. Siap kena isi no enjin dan chasis tu yang tak tahan tu..hehe

    btw, tq coz share info ni..atleast next time kalau nak pegi dah boleh standby siap2..:)

    BalasPadam
  12. Salam... Nak tanya ni,isi borang kebenaran kenderaan tu dekat KASTAM BRUNEI ke atau kena isi awal2 sebelum datang?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mualaikumsalam azpeda..boleh jer isi siap kat umah kalau ada borang..klu tak ada boleh isi kat sana jani ada bawa salinan geran

      Padam
  13. Anda, keluarga dan kawan-kawan ingin bercuti di Miri?
    Kami dari HRB Car Rental Miri menyediakan perkhidmatan kereta sewa dengan harga yang berpatutan. Sewa untuk kegunaan Miri-Brunei boleh diatur

    Hubungi kami di 019 233 6923 / 013 883 6923 untuk mendapatkan harga dan servis kereta sewa yang terbaik di pasaran !
    www.keretasewamiri.blogspot.com

    BalasPadam
  14. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  15. Salam sejahtera Tuan / Puan, Sebelum itu ingin memohon maaf kerana membuat promosi disini...
    Semoga Tuan/Puan senantiasa diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezki(Amiin).

    Harga sewa Kereta :
    # Suzuki APV/ Toyota Avanza/ Daihatsu Luxio/ Nissan Evalia [6-7 seat]
    Rate: IDR 350.000

    # Toyota Innova [8 seat]
    Rate: IDR 500.000

    # Kia Pergio [9-10 Seat]
    Rate: IDR 500.000

    # Coaster Isuzu Elf Short [11-12 seat]
    Rate: IDR 600.000

    # Coaster Isuzu Elf Long [19 seat]
    Rate: IDR 800.000

    # Toyota Hiace Commuter [15 seat]
    Rate: IDR 850.000

    *Include : Minyak, Parking fee, Tol, Driver, Drivel meal and kereta
    *Exclue : Entrance fee ke tempat-tempat Pelancongan untuk persons dan kereta.

    Untuk tempat lawatan boleh ikut tentatif program yang sudah di sediakan atau ikut plan sendiri.
    Harga yang kami tawarkan pun boleh kira jimat sangat dan berbaloi. Buat Tuan/Puan yang sudah merancang bercuti ke Bandung/Jakarta dan memerlukan kereta beserta pemandu bolehlah hubungi kami :

    Call : +6282262272279
    WhatsApp : +6282280000071
    Email : podomorootransportbandung71@yahoo.com
    Blog : http://podomoroopelancongbandung.blogspot.co.id (Podomoroo Transport Bandung)
    Facebook : Podomoroo Transport
    Fanspage : Podomoroo Transport Bandung


    Kami sangat mengutamakan kepuasan tetamu dan dijamin harga yang sangat berpatutan.. Insya Alloh kami memberikan service yang terbaik dan layanan taraf 5 bintang… Semoga inform dari saya dapat memudahkan urusan bercuti Tuan / Puan untuk ke Bandung.


    Nb : Yang lebih mahal itu banyak, yang lebih murah pun ada tapi kami janjikan yang terbaik dari Podomoroo Transport Bandung... (Insya Allah) Jom mari melancong di Bandung murah sahaja.. Wassalam, Terima kasih...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers