OOO

Memaparkan catatan dengan label masjid sultan omar ali saifuddien. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label masjid sultan omar ali saifuddien. Papar semua catatan

Isnin, Februari 24, 2014

Jalan Jalan Ke Brunei (Part 1)

Assalammualaikum

Dah makan tengahari ker belum?  

Gi jejalan kat Brunei ni cuti tahun baru cina tapi baru dan nak buat N3 sebab kalau buat N3 camni gambar banyak dan kena cari yang ok ajer.

Dulu pernah akak jejalan singkat naik bas yang di sediakan oleh tourism Brunei masa transit balik dari Uk.  Kalau nak baca N3 kat SINI.

Tak sangka pula sekarang ni duk sini dan boleh jejalan lagi ke Brunei.
Dari bandaraya Miri nak Bandar Seri Begawan ambil masa lebih kurang 2 jam sebab jalan tak bengkang bengkok.  Dari umah akak dekat sikit..mula-mula kena tempuh pondok tol.  Kena bayar RM10.00 sehala, kalau di ikutkan tak berbaloi bayar banyak tu sebab jalan bukan bagus pun...hermm tol ni ada ajer kat mana-mana tapi taklah sebanyak di Semenanjung.
Lepas tu chop passport kat Sungai Tujuh Immigration Check Point , lalu kastam..kalau bawa barang bersubsidi cam gula dan tepung gandum kenalah cukai dan chop passport kat pintu masuk ke Brunei. 

Tak payah keluar dari kereta, hulur ajer passport dan tanpa banyak songeh passpot kami di chop.  

Jangan lupa isi borang ni..kalau bawa kereta sendiri, bawalah salinan geran sebab kat borang ni kena isi no enjin dan chasis.  Kalau tak bawak atau tak tau memang harulah
Pagi tu memang hujan renyai-renyai, suami pun tak berani nak merempit.  Jalanraya lenggang menghala ke Brunei tapi dari Brunei nak ke Miri memang banyak sebab kalau cuti mereka suka jejalan cari makan dan beli barang keperluan di Miri terutama minyak masak.

Satu satunya tol yang kami kena bayar kat sini di Jambatan Rasau, Kuala Beliat..3.00 dollar lebih kurang 8 hinggit sehala.

Pemandangan lebih kurang sama ajer..ada rumah besar ..ada rumah biasa..ada rumah buruk.
Sampai kat Jerudong, kami nak ke tandas, walaupun jalan lurus cam highway tapi tak ada r & r cam kat highway di sana.  Akhirnya kami singgah di stesyen Shell Jerudong..nak masuk tandas kena bayar sorang  20 sen duit Brunei..ishh kat sini foc ajer kan. 
Akhirnya sampai ke Bandar Seri Begawan, oleh sebab hari Jumaat cuti jalanraya lenggang.

tokong di tengah bandar
Oleh sebab nak solat Jumaat dulu, kami terus ke Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien.  Akak dan Ira duk lepak dalam keta ajer.


p/s Nantikan sambungannya yer

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...