Assalammualaikum
Dah makan tengahari ker belum?
Gi jejalan kat Brunei ni cuti tahun baru cina tapi baru dan nak buat N3 sebab kalau buat N3 camni gambar banyak dan kena cari yang ok ajer.
Dulu pernah akak jejalan singkat naik bas yang di sediakan oleh tourism Brunei masa transit balik dari Uk. Kalau nak baca N3 kat SINI.
Tak sangka pula sekarang ni duk sini dan boleh jejalan lagi ke Brunei.
Lepas tu chop passport kat Sungai Tujuh Immigration Check Point , lalu kastam..kalau bawa barang bersubsidi cam gula dan tepung gandum kenalah cukai dan chop passport kat pintu masuk ke Brunei.
Tak payah keluar dari kereta, hulur ajer passport dan tanpa banyak songeh passpot kami di chop.
Jangan lupa isi borang ni..kalau bawa kereta sendiri, bawalah salinan geran sebab kat borang ni kena isi no enjin dan chasis. Kalau tak bawak atau tak tau memang harulah
Satu satunya tol yang kami kena bayar kat sini di Jambatan Rasau, Kuala Beliat..3.00 dollar lebih kurang 8 hinggit sehala.
Sampai kat Jerudong, kami nak ke tandas, walaupun jalan lurus cam highway tapi tak ada r & r cam kat highway di sana. Akhirnya kami singgah di stesyen Shell Jerudong..nak masuk tandas kena bayar sorang 20 sen duit Brunei..ishh kat sini foc ajer kan.
Akhirnya sampai ke Bandar Seri Begawan, oleh sebab hari Jumaat cuti jalanraya lenggang.
tokong di tengah bandar
Oleh sebab nak solat Jumaat dulu, kami terus ke Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien. Akak dan Ira duk lepak dalam keta ajer.
p/s Nantikan sambungannya yer








