OOO

Ad

Isnin, Februari 17, 2014

Ramai Juga Pekerja Asing Di Brunei

Assalammualaikum semua

Cuti Tahun Baru Cina yang baru lalu kami gi ke Brunei tapi tak beli apa apa pun cuma nak tenguk dulu apa yang menarik kat sana.  


Oleh kerana kami pergi hari Jumaat hari cuti bagi negara Brunei ramailah pekerja asing yang kami jumpa di bandar Brunei yang sedang dalam perjalanan menunaikan solat Jumaat.

Suami dan Imran pergi solat Jumaat di Masjid yang paling terkenal di Brunei sementara akak dan Ira tunggu dalam kereta sambil memerhatikan telatah mereka.  Ada yang berpasangan terutama pekerja dari Indonesia, sementara yang lelaki ke masjid, yang perempuan duk menunggu di tepi jalan.

Ekonomi Brunei dengan nilai wangnya yang teguh/tinggi membuatkan ramai pekerja asing berminat untuk bekerja di sana dan juga di sebabkan banyak wujudnya peluang pekerjaan yang meluas.

Seperti juga di Kuala Lumpur khasnya dan Malaysia bila hari cuti memang ramai pekerja asing yang berkumpul di sana sini.  Kalau kat Kuala Lumpur mereka suka berkumpul di area Jalan Silang dan KLCC. 

Majoriti yang akak jumpa ialah orang Indonesia, Bangladesh, India dan Pakistan.  

Selain dari mereka, ramai juga orang Malaysia yang bekerja di Brunei terutama dalam bidang oil & gas. Gaji yang di bayar dengan dollar Brunei memang boleh membuatkan setiap bulan mereka tersenyum di sebabkan tukaran wang yang tinggi.

6 ulasan:

  1. satu sy kagum dgn warga asing ni ialah bila hari jumaat
    berduyun2 diorang (warga bangla,indon yg Islam) menuju ke masjid utk solat Jumaat
    jalan kaki jauh pulak tu berkain pelikat,hihi

    BalasPadam
  2. kat mana2 pun mereka ni ada kak

    BalasPadam
  3. Uiishhh....kerja kat brunei lagi banyak duit diorang boleh bawa balik kampung tu...

    BalasPadam
  4. Memang pemandangan biasa di sana. Kalau di Dubai pun lebih kurang sama.

    BalasPadam
  5. diaorang sangguo berhijrah untuk mencari pekerjaan..tp tulah kat Malaysia sampai dah sesak dengan warga asing... macam kita pula pendatangnya.

    BalasPadam
  6. Emm begitu gigih mereka mencari sumber pendapatan..jauh sekali datang ke Malaysia ni...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers