OOO

Khamis, Februari 13, 2014

Nasi Komok aka Khao Mok Gai aka Nasi Beriani Siam

Assalammualaikum semua

Nasi komok aka Khao Mok Gai aka Nasi Beriani Siam ni akak pernah cuba masa gi jejalan ke Kelantan pada tahun 2010.  Kisahnya kat SINI.



Bila teringin nak buat tak adalah pulak rempahnya, tapi ada blogger yang baik hati bagi rempahnya pulak. Terima kasih akak ucapkan pada azian


Bahan-bahan Nasi

5 cawan beras basmathi
4 sudu minyak sapi
4-5 ulas bawang merah*
1 Inci halia*
4 Ulas bawang putih*
3 batang akar ketumbar
2-3 Sudu rempah komok
200 ml susu cair
1 ekor ayam
8 cawan air
garam secukup rasa
Rempah penumis.- 
1 batang kulit kayu manis, 2 bunga lawang, 3 biji pelaga, 4 biji bunga cengkih)
2 bay leaf- optional
bawang goreng
(*Hiris benda bertanda*)







Cara-cara
1. Cuci ayam ( seeloknya di potong 4 saja)
2. Cuci beras basmathi dan rendam sebentar.
3.Hiris nipis bahan bertanda *
4.Tumis rempah penumis dan bahan yang dihiris dengan minyak sapi hingga naik bau.
5. Masukkan rempah komok dan kacau selalu supaya tidak hangus. Setelah nampak garing masukkan air dan akar ketumbar,
6.Masukkan ayam dan rebus ayam hingga hampir masak.



7. Angkat ayam dan toskan. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit kisar. Perap sebentar biar ia mesra. Goreng ayam yang di perap samada garing atau tidak ikut citarasa sendiri. Perap kejap baru goreng.
8. Keluarkan 1 cawan kuah tadi untuk sos cili.
9. Masukkan kuah kedalam periuk nasi dan masukkan susu, biar ia menggelegak sambil di kacau. Masukkan garam secukup rasa.
10. Masukkan pula beras yg telah di toskan.Tutup dan biarkan ia masak.




Bahan Sos Cili


1 Cawan air kuah nasi komok*
6 biji cili merah*
segenggam cili padi*
4 ulas bawang merah
2 Ulas bawang putih*
4 tangkai daun ketumbar*
gula, garam ,cuka - secukup rasa 

Cara-cara
1. Kisar semua bahan bertanda *.
2. Masak hingga agak pekat.
3. Perasakan ia dengan garam, gula dan cuka secukup rasa.
4. Hidang bersama nasi komok.

9 ulasan:

  1. Assalamualaikum kak ina, wahh sedapnya.. beras siam pula wangi dan panjang2. perghhh konyang perut...

    BalasPadam
  2. Kak Ina nampak mudah tapi mudah kat mulut Aina jelah bila nak buat belum tentu mudah ni...ahahhaa... Terima kasih syer resepi.

    BalasPadam
  3. nampak sedap.. bahan2 lak senang cari... hmmm leh try nanti gak.. tq yer..

    * panjangnye beras... hehehe

    BalasPadam
  4. salam kak..

    erm, nampak sedap dan menarik nasi komok tu kak..teringin mau try..

    BalasPadam
  5. rasa nasi nie mesti berbeza dengan nasi briani yang biasa kita makan kan....nak kena cari rempah dia laaa

    BalasPadam
  6. hehehehe so far sha tau makan je nasi beriani...belum pernah masak lagik aduhaiiii... cabaran sungguh hehehe

    BalasPadam
  7. Wow.... nasu beriani siam pun ada, first time tahu

    BalasPadam
  8. assalamualaikum kakina...sedap2nya...:)

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...