OOO

Khamis, Julai 31, 2014

Ikan Kembong Bakar

Assalammualaikum dan selamat hari raya semua
Akak suka buat sambal ni lebih sebab nanti senang nak guna lain kali.

Bahan-bahan
  • 3 ekor ikan kembong
Bahan-bahan lain 
  • 8-10  sudu makan cili kisar
  • 5 biji bawang kecil*
  • 4 biji bawang putih*
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 batang serai*
  • 1 1/2 inci halia*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 1 helai daun kunyit*
  • 1 sudu makan gula melaka
  • 1 sudu makan gula castor
  • sedikit belacan
  • 1/2 sudu teh jus asam jawa adabi
  • garam secukupnya
  • minyak dan daun kunyit

Cara-caranya
1. Kisar semua bahan bertanda *.
2. Masukkan minyak dan tumis semua bahan sehingga naik minyak.
3. Masukkan gula melaka, gula castor, jus asam jawa dan garam.
4. Rasa dulu barulah di padam api. Sejukkan.
5. Bersihkan ikan dan perapkan ikan bersama garam dan jus limau kasturi.
6. Biarkan selama 10-15 minit baru di cuci bersih.
 7. Lumurkan sambal kat ikan kemudian bungkus dengan daun kunyit.
Pastu bakarlah kat atas kuali leper ke...atas non stick pan ke...atas arang ke atau dalam oven....kalau bakar atas arang lagi best......kalau nak makan baru bakar...makan panas-panas pun sodap.....perah dengan asam limau kastu

#Lebihan sambal boleh di simpan dalam peti sejuk untuk di gunakan kat udang, sotong ataupun ikan lain

6 ulasan:

  1. Assalamualaikum kakina,

    Wah sedapnya ikan kembung bakar tu..maklumlah dah jemu makan rendang sehari dua ni. Dapat lauk macam ni memang best :)
    http://dapurlangkawi.com/blog/

    BalasPadam
  2. nyum..nyum..sedap sungguh ikan kembung bakar ni..nak2 pulak kalau dapat makan panas2..;)

    BalasPadam
  3. Mesti best sbb ada bau2 daun kunyit. Nanti nk try.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers