OOO

Selasa, Julai 22, 2014

Kari Ayam Dengan Umbut Kelapa

Assalammualaikum

Kali ni akak buat kari ayam campur dengan umbut kelapa. Goreng ikan kering dan buat sambal belacan ataupun makan dengan cencaluk.  

Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam-potong 16
  • 6 ulas bawang merah-tumbuk/kisar
  • 4 ulas bawang putih-tumbuk/kisar
  • 1 inci halia -tumbuk/kisar
  • 4 sudu besar rempah kari daging (akak guna babas)
  • Umbut kelapa (RM2.00)-potong kecil
  • 400gm santan pekat
  • 300ml air-terpulang pada kepekatan yang di kehendaki
  • garam secukupnya
 Bahan untuk menumis 
  • 2 tangkai daun kari,
  • 1 biji bawang besar-dihiris 
  • 1 biji bawang putih - dihiris
  • 2 biji bawang kecil
  • 2 bunga lawang, 
  • 3 bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga dan 
  • 1 batang kayu manis
  • minyak untuk menumis
 
Cara-caranya
1. Panaskan minyak dan masukkan semua bahan tumis sampai layu dah naik bau.
 
2. Masukkan bahan kisar/tumbuk dan tumis lagi sehingga layu. Kemudian masukkan rempah kari dan kacau sekejap lalu masukkan 1/2 cawan air dan perlahankan api.
3. Biarkan rempah kari  bersama sedikit air dan masak dengan api perlahan sehingga terbit minyak sambil dikacau selalu lalu masukkan sedikit garam. 

4. Bila kari dah masak baru masukkan ayam dan biarkan air ayam (air yang keluar dari ayam) kering.

5. Masukkan santan pekat bersama air dan biarkan sehingga mendidih dengan api sederhana besar.

6.  Masukkan umbut kelapa dan garam secukup rasa, bila dah ok bolehlah dipadamkan api.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers