OOO

Ahad, Julai 06, 2014

Resepi Kuih Sagu

Assalammualaikum
Kuih sagu ataupun di panggil kuih bronok memang mudah sangat nak buat.  Akak pernah buat versi kukus ...resepinya kat SINI.
Kali ni akak buat versi kacau atas api, dah selalu buat dah kuih ni sebab suami dan akak suka. Resepi akak ambil dari blog izahdaut

Bahan-bahan
2 cawan sagu - basuh dan toskan
4 cawan air
1 cawan gula
2 sdb tepung jagung bancuh bersama sedikit air
Kelapa parut + sedikit garam

Cara-cara:

1. Didihkan air bersama gula, masukkan pewarna.
2. Apabila mendidih masukkan sagu
3. Kacau sehingga biji sagu menjadi jernih
4. Masukkan bancuhan tepung jagung
5. Angkat, tuangkan dlm acuan yg telah digris dengan minyak. (akak guna acuan kecik-kecik..tak yah epotong)
6. Jika menggunakan loyang, alas loyang terlebih dahulu dengan plastik.
7. Setelah sejuk boleh la dipotong dan digaul dengan kelapa.

4 ulasan:

  1. Sudah tidak lama merasai kuih sagu ini. Dulu duduk di asrama, kuih sagu ini selalu menjadi supper kami.

    BalasPadam
  2. Saya pernah buat, tapi tak berapa nak jadi. Wuaaaa nak kena praktis lagi ni

    BalasPadam
  3. Silap besar masuk blog ni pagi-pagi. Terliur sudah. terus jadi lapar sebab tak bersahur pagi tadi. Sedap kuih nih. Saya suka makan tapi nak buat tak reti. huhu :D

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum,

    Saya cuma nak tanya, macam mana saya nak contact untuk tujuan advertorial?

    Terima Kasih :)

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...