OOO

Selasa, Ogos 19, 2014

Resepi Sambal Tumis Ikan BIlis Dengan Petai

Assalammualaikum semua

Lauk kampung cam ni pun sedap kan, senang nak buat.

Bahan-bahannya
  • Satu mangkuk kecil ikan bilis
  • 2 papan petai-ikut suka
  • 8 sudu makan cili kisar
  • 2 biji bawang besar(sebiji di kisar ..1 biji lagi hiris bulat)
  • 5 biji bawang kecil
  • 4 biji bawang putih
  • Air asam jawa secukupnya
  • 1 inci belacan
  • Minyak masak secukupnya
  • Garam dan sedikit gula 


Cara-caranya
  1.  Tumbuk atau kisar bawang kecil, bawang putih, 1 biji bawang besar, belacan dan sedikit ikan bilis.
  2. Tumiskan bahan yang telah dikisar dengan api sederhana besar setelah naik bau masukkan pula cili kisar.
  3. Gunakan api perlahan supaya cili tu masak/naik minyak.
  4. Masukkan garam dan sedikit gula(akak suka masukkan garam masa part ni)
  5. Setelah cili naik minyak (masak) masukkan air asam jawa.
  6. Biarkan masak dalam 5-10 minit baru masukkan ikan bilis.
  7. Masukkan juga bawang besar yang telah dihiris bersama petai.
  8. Tunggu lagi dalam 10 minit..rasa garam dan asam dulu.
  9. Kalau okey bolehlah di hidang.

jangan lupa goreng ikan masin dan petai mentah yer

2 ulasan:

  1. assalamualaikum kakina....wah yg simple ni lah yg sedapnya kak..:)

    BalasPadam
  2. Wah! Nampak macam sedap je. Balik ni nak cubalah.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...