OOO

Rabu, Oktober 01, 2014

Ayam Masak Merah

Assalammualaikum semua

Nasi lemon dah lama akak post tapi masakan ayam masak merah lum tunjuk kan.

Patutnya guna itik..nama masakan itik serati masak merah, tapi akak tukar ayam.  Mana yang hiris tu akak tumbuk.  Yang buat kelainan sebab guna bay leaf (akak tukar ke daun salam), kicap  dan buh rempah ratus.  Ayam akak goreng sekejap, cili hijau tu sajer akak masukkan nak menghabiskan stok.

BAHAN-BAHANNYA:
500g – Itik serati (boleh ganti dgn kambing/ayam)
4 sudum Minyak Jagung
1 inci Halia – dipotong mayang
2 ulas Bawang putih – dihiris
3 ulas Bawang merah - dihiris nipis
2biji Tomato – dipotong wedges
1 helai Daun Pandan/kari/ketumbar
Bay Leaf-tukar daun salam
Seleri
Gabungan rempah ratus (serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan serbuk ketumbar)
2 sudu makan  Pes Cili ( Cili Boh )
3 sdm Sos Cili Kimball
3 sdm Sos Tomato
2 biji Buah Pelaga
3 ktm Bunga Lawang
½ in Kulit Kayu Manis
2 sudu makan Kicap Manis
1 cawan air
1 sdk Serbuk perasa Ayam-tak letak
2 sdk Garam secukup rasa
Sedikit Gula perang
Sedikit air limau nipis

CARA-CARANYA:
1. Gorengkan ayam separuh masak selepas di bersihkan.  Panaskan kuali, masukkan minyak jagung, tumis bawang putih, halia, bawang merah, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bayleaf, kacau hingga naik bau.
2. Masukkan itik serati/ayam/kambing, kacau, masukkan gabungan rempah ratus, sos cili, sos tomato dan kacau lagi.
3.Masukkan sedikit garam, gula dan serbuk perasa.
3. Akhir sekali masukkan lobak merah dan seleri.
4. Setelah siap , hias dengan hirisan buah tomato dan boleh dihidang dengan nasi lemon

2 ulasan:

  1. Adoii...tengok gmbar makanan malam2 ni mmg kebulur jadinya

    TheCikAann.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Ayam masak merak jarang-jarang dapat rasa kecuali pada kenduri kendara.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers