OOO

Khamis, Oktober 30, 2014

Breakfast Di Restoren Nur Miri (JJCMM)

Assalammualaikum 

Bila dah duk jauh dari kaum kerabat memang terasa sunyi terutama weekday bila Imran bersekolah dan suami kerja sepanjang hari.

Dulu kan akak biasa gi menjengkit ke event, kat sini tiada lagi tu semua.  Mula mula cuma kenal blogger Rozi sahaja, pastu kenal rakan rakan beliau bila 2 kali gi makan makan kat rumah Rozi.

Takdirnya akak berjumpa lagi seorang kakak kenalan lama masa mengajar dulu, tapi taklah rapat sangat sebab cuma pernah jumpa sekali sekala masa akak mengajar di Kuala Lumpur. 

Bila dapat jumpa Onie setelah chat di fb memang terasa happy sebab bertambah kenalan. Onie kenalkan pula dengan rakan-rakan beliau yang memang dah tinggal kat sini.

Jadilah kami ni rakan rakan jalan jalan cari makan sebab kami ni housewife, bolehlah pergi breakfast bila masing masing free waktu pagi.

Selalunya 2 atau 3 minggu sekali kami cari port makan  sebab ada yang tak pernah pergi. Cam Onie kata kira cam Jalan-Jalan Cari Makan di Miri (JJCMM).
Kali ni kami pilih nak sarapan pagi di Restoran Nur yang terletak di sebelah  Hotel Nur yang mendapat feedback yang baik dari pelancung yang pernah bermalam di Miri.  Hotel Nur ni kepunyaan orang Islam dah tentu kita merasa selesa menginap di sini.

Dah lama dah Onie sebut nak cuba sarapan kat sini.

Tak salah pilihan kami kerana sarapan yang di sediakan memenuhi selera kami berempat.  Kat Miri payah gak nak cari nasi lemak yang sambalnya sedap, kat sini sambalnya menetapi selera akak.  Ada gak disediakkan kari ayam.
Ada gak roti bakar, cereal, buah-buahan dan kueh mueh yang sedap terutama popia
Kami puas hati sebab kat sini boleh makan sambil pot pet pot pet dalam suasana nyaman dan yang paling seronok dapat jumpa owner Hotel Nur. Harganya pun berpatutan.

Kalau sesiapa yang nak bercuti ke Miri bolehlah bermalam di Hotel Nur.

Alamat
Lot 1271-1274
Blok 9 MCLD
Jalan Bendahara
98000 Miri
No talipon : 085-420 420

5 ulasan:

  1. terima kasih kak ina, kenalkan hotel milik muslim..iAllah boleh cuba kalau ke miri. :)

    BalasPadam
  2. Tak dan2 tu lapar nampak popia atas punggan cantik...nk goreng kopok lah.

    BalasPadam
  3. Ni yang orang kate berbaloi2 masa berkualiti. Memang best ada hotel owner muslim. Boleh la menginap disini kalu jalan2 di sarawak.

    BalasPadam
  4. Bilalah nak sampai ke Miri ni ye..Sarawak dah sampai dah...

    BalasPadam
  5. I'm writing on this topic these days, slotsite, but I have stopped writing because there is no reference material. Then I accidentally found your article. I can refer to a variety of materials, so I think the work I was preparing will work! Thank you for your efforts.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...