OOO

Memaparkan catatan dengan label makan sedap di Miri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label makan sedap di Miri. Papar semua catatan

Isnin, November 17, 2014

Warung Sedap Di Lutong Miri

Assalammualaikum semua

Seronok bila tau ada port makan sedap yang baru kat Lutong, suami akak yang bagitau sebab tugas dia mengambil imran pulang dari sekolah petang setiap hari.
Mula-mula suami akak tapau ajer  Penang Char Kueh Teow ni, bila makan wahh kena dengan tekak kami semua.  Terlepaslah rindu di hati nak makan makanan ni yang banyak di Kuala Lumpur.

Lagi sedap rasanya bila makan panas-panas bersama cili jeruk, akak dan suami cuba makan char kueh tiaw kering.  Portion memang banyak boleh share 2 orang.
Imran layan char kueh tiaw basah
Kat sebelah jual char kueh tiaw, ada jual burger tapi kami tak pernah cuba lagi.  Sebelahnya pula warung satay

Layan gak satay ayam dan daging


Mula di buka pada waktu petang lebih kurang pukul 6.00 sehingga ke malam, terletak dekat Awang Mahyan Cafe dan MYY Mall Lutong.

Khamis, Oktober 30, 2014

Breakfast Di Restoren Nur Miri (JJCMM)

Assalammualaikum 

Bila dah duk jauh dari kaum kerabat memang terasa sunyi terutama weekday bila Imran bersekolah dan suami kerja sepanjang hari.

Dulu kan akak biasa gi menjengkit ke event, kat sini tiada lagi tu semua.  Mula mula cuma kenal blogger Rozi sahaja, pastu kenal rakan rakan beliau bila 2 kali gi makan makan kat rumah Rozi.

Takdirnya akak berjumpa lagi seorang kakak kenalan lama masa mengajar dulu, tapi taklah rapat sangat sebab cuma pernah jumpa sekali sekala masa akak mengajar di Kuala Lumpur. 

Bila dapat jumpa Onie setelah chat di fb memang terasa happy sebab bertambah kenalan. Onie kenalkan pula dengan rakan-rakan beliau yang memang dah tinggal kat sini.

Jadilah kami ni rakan rakan jalan jalan cari makan sebab kami ni housewife, bolehlah pergi breakfast bila masing masing free waktu pagi.

Selalunya 2 atau 3 minggu sekali kami cari port makan  sebab ada yang tak pernah pergi. Cam Onie kata kira cam Jalan-Jalan Cari Makan di Miri (JJCMM).
Kali ni kami pilih nak sarapan pagi di Restoran Nur yang terletak di sebelah  Hotel Nur yang mendapat feedback yang baik dari pelancung yang pernah bermalam di Miri.  Hotel Nur ni kepunyaan orang Islam dah tentu kita merasa selesa menginap di sini.

Dah lama dah Onie sebut nak cuba sarapan kat sini.

Tak salah pilihan kami kerana sarapan yang di sediakan memenuhi selera kami berempat.  Kat Miri payah gak nak cari nasi lemak yang sambalnya sedap, kat sini sambalnya menetapi selera akak.  Ada gak disediakkan kari ayam.
Ada gak roti bakar, cereal, buah-buahan dan kueh mueh yang sedap terutama popia
Kami puas hati sebab kat sini boleh makan sambil pot pet pot pet dalam suasana nyaman dan yang paling seronok dapat jumpa owner Hotel Nur. Harganya pun berpatutan.

Kalau sesiapa yang nak bercuti ke Miri bolehlah bermalam di Hotel Nur.

Alamat
Lot 1271-1274
Blok 9 MCLD
Jalan Bendahara
98000 Miri
No talipon : 085-420 420

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...