OOO

Rabu, Oktober 29, 2014

Cara Masak Lemak Labu Manis

Assalammualaikum semua


Tak salah mengaku jika kita tak pernah masak yang itu yang ini, tapi sekarang ni kalau tak tau masak memang senang sebab semuanya cuma di hujung jari.  Ada pelbagai resepi yang sedap sedap di internet sekarang ni kan.

Akak ni memang tak pernah masak labu seumur hidup tau,  sebabnya tak pandai buat dan kat rumah mak akak tak pernah masak, jadi kami adik beradik tak taulah apakah rasanya. 

Suami dan adik beradik suka masak lemak labu, kat sini banyak jual labu jadi akak nak masaklah bagi suami rasa.  Cari punya cari akhirnya terjumpa di blog Mat Gebu tapi akak ganti ikan bilis.  
Suka betul bila tenguk suami makan bertambah, wah lepas ni bolehlah akak buat pelbagai resepi menggunakan labu.

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji labu manis saiz kecil (kurang lebih 700gram)
8 tangkai kacang panjang, potong pendek-tak letak
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Air jika perlu
1 camca teh lada hitam, tumbuk halus
1/3 camca teh serbuk kunyit-tak letak
Garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang, hiris halus
4 ulas bawang putih, diketuk
1 1/2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan tumbuk kasar-tukar ikan bilis
1 batang cili hidup-hiris serong

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Labu dibelah, keluarkan bijinya, kupas kulit dan potong kiub pada saiz besar. Cuci, tos dan masukkan ke dalam periuk, bersama serai titik, bawang besar hiris, bawang putih dan udang kering tumbuk. Tuang santan cair, kacau perlahan dan masak hingga mendidih. Jika kurang kuah, boleh tambah sedikit air.
  2. Bila labu 1/2 empuk, tambah kacang panjang dan daun kunyit. Masak sekejap dan tuang pati santan. Perasakan dengan garam secukupnya, sedikit gula dan lada hitam. Kacau perlahan dan masak dengan api kecil hingga mendidih dan labu empuk, tapi tidak terlalu lembut. Masukkan hirisan cili hidup.  Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama sambal belacan, ikan masin @ ikan goreng....

4 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...