Selasa, November 18, 2014

Cara Buat Samosa Ayam

Assalammualaikum

Pernah buat popia kulit sendiri, resepi kat SINI
Kali ni akak guna kulit popia pula, puas google cari camner nak lipat jadikan tiga segi, akhirnya terjumpa di blog Kak Fauziah Samad.  Inti akak guna ubi kentang di campur dengan sayur campur (mixed vege).

Bahan inti
  • 2-3 ketul isi ayam
  • 4 biji ubi kentang di rebus bersama kulit (setelah di cuci bersih)sehingga empuk.
  • 2  sudu makan rempah daging
  • 1 biji bawang besar*
  • 5 biji bawang kecil*
  • 3 biji bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 1 cawan sayur campur (lobak merah, jagung dan kacang pea) (klu nak guna kacang pea pun tak apa)
  • garam secukupnya
  • minyak masak/sayuran
  • daun kari
Cara-cara untuk inti
  1. Kisar/tumbuk  bahan-bahan bertanda *.
  2. Ubi kentang di buang kulit dan di cincang kecil-kecil.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar/tumbuk  dan  rempah kari daging dan kacau sebati sehingga naik bau.
  4. Masukkan ayam bersama sayur campur dan kacau hingga sebati.
  5. Kemudian masukkan ubi kentang yang telah di cincang kasar.
  6. Masukkan garam dan kacau sebati.
  7. Rasa garam dan barulah dipadamkan api.
Untuk kulit samosa
1 paket samosa
bancuhan tepung gandum dan air (likat)
atau gunakan telur.

Kalau nak tau cara SINI

9 ulasan:

  1. favourite saya ni,samosa ayam..nak rasa sikit boleh...hihi

    BalasPadam
  2. nampak berselera samosa..terima kasih share resipi

    BalasPadam
  3. Samosa ayam sedap hehe, kat sini yang layan kalu beli kat kedai mamak rempah nya kaw2.

    BalasPadam
  4. bnetuk samosa xpenah buat lagi..biasa popia je.. leh try pulak hihi tq kak ina

    BalasPadam
  5. sedap nye kak. nnti de masa nak folow resepi ni. :D

    BalasPadam
  6. Antara favourite adalah makan Samosa.

    BalasPadam
  7. teringin nak rasa samosa air tangan kak ina ni. mesti sedap kan :D

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers